Jom Baca Blog!

Posts tagged “video

Rise Again, Japan!

Meow. I don’t know about you guys, but this video make me speechless. Thank God there are still people out there who really care about Japan, and the world.

Notakaki: Kenkyu (research) sudah bermula. Aku semakin sibuk. Semoga aku masih ada masa untuk menulis entri buat tatapan semua pembaca yang comel-comel belaka.

 


[Video] Foto Soubetsukai PAMY 2011

Meow. Korang ingat lagi hari tu aku ada post satu entri pasal Majlis Soubertsukai (Majlis Perpisahan)? Kalau tak ingat, jom tengok entri Walimatul Urus. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Senpai-senpai terharu. Makanan banyak lebih. Warga PAMY melantak nasi minyak, ayam masak merah, dan gulai kawah. Terima kasih tukang masak.

So, entri kali ini, aku nak kongsi dengan korang foto-foto yang aku tembak pada malam kejadian. Foto-foto yang aku tembak tu, aku letak dalam satu video. Senang untuk kita tengok. Tak perlu klik banyak kali. Video ini jugak merupakan video yang pertama aku buat dengan iMovie. Aku siap buat akaun Vimeo sebab YouTube buat hal. Rupanya buat movie ni bukanlah semudah yang disangka. Anyway, enjoy the video!

Notakaki: Cuti sekolah dah mula. Exam dah habis. Terasa macam nak buat stop-motion video pulak.


[Video] Lovefield

Meow. Siapa kat dunia yang tak suka tengok Youtube. Youtube adalah website paling popular untuk buang masa korang. Haha. Okay, enuff pasal Youtube.

Entri kali ini aku nak kongsi short film bertajuk Lovefield. Kenapa video ni best? Sebab filem pendek arahan Mathieu Ratthe ini mengandungi unsur horror, suspense, dan drama yang cukup untuk buat jantung korang berdegup kencang. The best part is, this short film has a very unexpected ending. Aku pon tak sangka. Anyway, enjoy the video.

-Burung gagak tu memang ada bakat berlakon.


[Video] Stop Motion-Sorry I’m Late

Meow! Aku bukan sahaja suka photography. Stop-motion jugak salah satu sumber inspirasi aku. Entri kali ini aku nak kongsi dengan korang satu video stop-motion yang agak brilliant! Stop-motion daripada Tomas Mankovsky ini sangat unik. Bukan saja penuh dengan set yang warna-warna, storyline video ini juga simple dan best. Enjoy the video guys!

Korang boleh jugak tengok the making video ini di official website Sorry I’m Late.


[Video] Simplicity

Aku suka tengok Youtube. Di Jepun, tengok video di Youtube bukan seperti menunggu siput melintas jalan. Best.

Entri kali ini aku nak kongsi satu video yang bertajuk Simplicity. Video ini memang simple. Tetapi, mempunyai makna yang dalam. Cinematography yang sangat cantik. Bebola mata aku tak lari hatta 1mm pun dari monitor. Video ini cukup indah! Brilliant! Wataknya hanya dua orang budak. Korang perlu saksikan sendiri video ini. Enjoy the video guys~


[Video] Mari Kupas kentang

Meow. Boleh dikatakan aku sibuk sekarang. Sibuk dengan test. Sibuk dengan report lab. Sibuk menangkap gambar. Sibuk ngadap laptop. Sibuk mengayuh basikal. Bila entah aku boleh rileks.

Disebabkan “alasan-alasan” yang tertera di atas, aku pon da jarang update blog ini. Jadi, aku kongsikan video yang aku jumpa kat youtube ni dengan korang. Macam mana nak kupas kulit kentang..Japan style!

Aku belum pernah nampak orang jepun buat cara ini, apatah lagi aku cuba buat cara ini. Takpe. Nanti kita try. Enjoy~