Jom Baca Blog!

Posts tagged “jepun

Teiden, Laman Media Sosial, Poster

Meow.

Seperti yang korang tahu, 11 Mac 2011 lepas, gempa bumi berskala 8.9 magnitud serta tsunami telah melanda kawasan Tohoku, Jepun. Sejak itu pelbagai isu telah timbul. Baik yang sedap didengar, atau yang tak sedap langsung untuk kita dengar. Dari isu Ultraman, sampai isu sayur radioaktif.

Teiden

停電(ていでん)Teiden bermaksud blackout. Kebanyakan kawasan yang dilanda tsunami dan gempa bumi dijadualkan untuk blackout mengikut masa yang telah ditetapkan. Hal ini bertujuan untuk menjimatkan elektrik.

Laman Media Sosial

Aku yakin 99% dari korang yang membaca entri ini mempunyai akaun Facebook. Kalau korang perasan, pada laman utama Facebook ada update dan informasi berkenaan Schedule Blackout. Malah ada yang menulis kata-kata semangat kepada Jepun pada status Facebook masing-masing. Terima kasih Facebook kerana membantu Jepun.

Kepada korang yang ada Twitter, sememangnya Twitter memainkan peranan besar dalam membantu Jepun menghadapi gempa bumi. Dari sekecil usaha menaip hashtag #prayforjapan sehingga usaha untuk menghantar tweet update keadaan di Jepun.

Bukan itu sahaja, Google, Yahoo, Apple dan banyak laman web lain yang menyokong Jepun ketika ini. Terima kasih lagi sekali.

Poster

Ada apa dengan poster?

Disebabkan usaha menjimatkan elektrik amat penting sekarang ini, satu komuniti graphic designer di Twitter membuat poster-poster untuk menggalakkan orang ramai menjimatkan elektrik.

Bagi aku poster-poster ini memang comel, smart, dan direct dalam menyampaikan mesej. Jom kita tengok.

(more…)

Advertisements

[Jepun] Gun O’ Clock

Meow. Entri kali ini bukan untuk promosi. Hanya sekadar berkongsi.

Memang tak dinafikan, di Jepun ini banyak barang yang pelik-pelik, yang belum pernah difikirkan oleh akal Melayu. Orait, produk kali ini adalah Gun O’ Clock (ガンオクロック). Apa gunanya Gun O’ Clock(GOC) ni? GOC ada dua mode: 1. GOC membolehkan korang bangun pagi dengan ceria! Ya, dengan ceria. Bila jam loceng berbunyi, korang tersedar, angkat pistol dan tembak. Mesti kena pada sasaran baru alarm stop berbunyi. 2. Korang boleh main tembak-tembak. Yeah! Kat Amazon, produk ini berharga 3150¥.

So, adakah aku nak beli, lepas tu buat product review kat blog aku ni? Oh, tidak. Jangan salah anggap. Aku da cakap, ini bukan promosi, tetapi hanya berkongsi. Bagi aku konsep GOC agak cool. Sensor yang digunakan pon cool. Tetapi untuk beli, tak cool. Apa lagi yang cool? Video promosi GOC. Grafik video promo ni agak smart. Tapi ada something yang buat video ini kelakar. Try la tengok.

Notakaki: Apa motif entri kali ini? Aku rasa poster kat atas tu cool dan video promo dia best. I think there is something wrong with me.


[Fotografi] Ada Apa Dengan Autumn?

Di Jepun sekarang ini musim luruh. Autumn. Atau dalam bahasa Jepun-Aki. Ada apa dengan musim luruh ini? Best sangat ke?

Bagi aku musim luruh ini memang best. Sebab tak panas sangat, tak sejuk sangat. Suam-suam kuku bak kata orang Melayu. Padahal sekarang ni memang dah mula sejuk giler. Dan sebab kedua, aku dapat tengok daun-daun pelbagai warna-merah,kuning, oren, dan hijau.

Aku bukan seorang photographer professional. Menembak hanya sekadar hobi. Tapi tangan aku memang suka tembak gambar daun kuning oren tatkala musim luruh ini. Entri kali ini aku nak tunjuk macam mana rupanya musim luruh di Jepun ini. Kebanyakan foto aku tembak di sekitar Ube, Nagato,dan Iwakuni.

(more…)


Ragam Manusia

9_lecture_theatre.jpeg.jpg

Sekarang ini dianggarkan terdapat 6,877,600,000 orang manusia di atas muka bumi ini. Korang patut rasa diri korang istimewa berbanding 6,877,600,000 orang lain. Sebab apa? Sebab diri korang ada satu je kat dunia ni. Tahniah. Tepuk tangan untuk diri sendiri. Dan jangan lupa bersyukur.

‘Lain padang, lain belalang. Lain orang, lain ragam.’

Aku sure sangat korang mesti pernah dengar peribahasa ni. Kalau bukan time sekolah rendah, mungkin time sekolah menengah.

(more…)