Jom Baca Blog!

Posts tagged “isu ultraman

Teiden, Laman Media Sosial, Poster

Meow.

Seperti yang korang tahu, 11 Mac 2011 lepas, gempa bumi berskala 8.9 magnitud serta tsunami telah melanda kawasan Tohoku, Jepun. Sejak itu pelbagai isu telah timbul. Baik yang sedap didengar, atau yang tak sedap langsung untuk kita dengar. Dari isu Ultraman, sampai isu sayur radioaktif.

Teiden

停電(ていでん)Teiden bermaksud blackout. Kebanyakan kawasan yang dilanda tsunami dan gempa bumi dijadualkan untuk blackout mengikut masa yang telah ditetapkan. Hal ini bertujuan untuk menjimatkan elektrik.

Laman Media Sosial

Aku yakin 99% dari korang yang membaca entri ini mempunyai akaun Facebook. Kalau korang perasan, pada laman utama Facebook ada update dan informasi berkenaan Schedule Blackout. Malah ada yang menulis kata-kata semangat kepada Jepun pada status Facebook masing-masing. Terima kasih Facebook kerana membantu Jepun.

Kepada korang yang ada Twitter, sememangnya Twitter memainkan peranan besar dalam membantu Jepun menghadapi gempa bumi. Dari sekecil usaha menaip hashtag #prayforjapan sehingga usaha untuk menghantar tweet update keadaan di Jepun.

Bukan itu sahaja, Google, Yahoo, Apple dan banyak laman web lain yang menyokong Jepun ketika ini. Terima kasih lagi sekali.

Poster

Ada apa dengan poster?

Disebabkan usaha menjimatkan elektrik amat penting sekarang ini, satu komuniti graphic designer di Twitter membuat poster-poster untuk menggalakkan orang ramai menjimatkan elektrik.

Bagi aku poster-poster ini memang comel, smart, dan direct dalam menyampaikan mesej. Jom kita tengok.

(more…)