Jom Baca Blog!

design

Gunakan Masa Lapang Sebelum Tiba Masa Sempit.

Ya. Tajuk entri kali ini adalah pengajaran yang aku nak sampaikan. Tak perlu aku tulis panjang-panjang.

Sejak semester kedua untuk tahun akhir ini, aku semakin sibuk. Sibuk dengan kerja di lab. Buat eksperiment, kutip data, buat slide powerpoint dan present ke ahli lab, etc. Cukup.

Kepada yang masih belum sibuk dengan final year project, exam, kerja part-time, siram pokok bunga atau jemur kain, pastikan korang gunakan masa lapang korang dengan sebaik-baiknya sebelum tiba waktu sempit. Faham? Bagus. Aku sayang korang.

Next!

Disebabkan aku jarang kongsi dengan korang artwork aku, kali ini aku nak kongsikan apa yang telah aku hasilkan selepas entri terakhir aku. Enjoy, dan komen!

Ada masa lapang nanti aku cuba update lagi.

Design business card untuk adik aku. (more…)


Teiden, Laman Media Sosial, Poster

Meow.

Seperti yang korang tahu, 11 Mac 2011 lepas, gempa bumi berskala 8.9 magnitud serta tsunami telah melanda kawasan Tohoku, Jepun. Sejak itu pelbagai isu telah timbul. Baik yang sedap didengar, atau yang tak sedap langsung untuk kita dengar. Dari isu Ultraman, sampai isu sayur radioaktif.

Teiden

停電(ていでん)Teiden bermaksud blackout. Kebanyakan kawasan yang dilanda tsunami dan gempa bumi dijadualkan untuk blackout mengikut masa yang telah ditetapkan. Hal ini bertujuan untuk menjimatkan elektrik.

Laman Media Sosial

Aku yakin 99% dari korang yang membaca entri ini mempunyai akaun Facebook. Kalau korang perasan, pada laman utama Facebook ada update dan informasi berkenaan Schedule Blackout. Malah ada yang menulis kata-kata semangat kepada Jepun pada status Facebook masing-masing. Terima kasih Facebook kerana membantu Jepun.

Kepada korang yang ada Twitter, sememangnya Twitter memainkan peranan besar dalam membantu Jepun menghadapi gempa bumi. Dari sekecil usaha menaip hashtag #prayforjapan sehingga usaha untuk menghantar tweet update keadaan di Jepun.

Bukan itu sahaja, Google, Yahoo, Apple dan banyak laman web lain yang menyokong Jepun ketika ini. Terima kasih lagi sekali.

Poster

Ada apa dengan poster?

Disebabkan usaha menjimatkan elektrik amat penting sekarang ini, satu komuniti graphic designer di Twitter membuat poster-poster untuk menggalakkan orang ramai menjimatkan elektrik.

Bagi aku poster-poster ini memang comel, smart, dan direct dalam menyampaikan mesej. Jom kita tengok.

(more…)


Walimatul Urus

Bila korang baca tajuk entri kali ini, apa yang korang fikir? Haziq nak kahwin? Nope. Belum masanya lagi. InsyaAllah ada rezeki, ada jodoh, akan sampai waktu untuk aku pulak. Korang kena ingat. Pilih isteri bukan macam pilih barang kat Amazon.

Hari ini, 12 Februari 2011 warga PAMY (Persatuan Anak Malaysia Yamaguchi) mengadakan majlis perpisahan kepada seniorsenior yang menamatkan pengajian pada bulan Mac ini. Tema tahun ini adalah Walimatul Urus. Kahwin. Kenduri. Ya, semua yang timbul dalam kepala korang sekarang.

So, apa motif entri kali ini? Aku nak kongsi dengan korang design kad undangan ke majlis walimatul urus tu. Kalau korang perasan, ada typo yang sangat BESAR dan MEMALUKAN. Kalau korang perasan, tinggalkan komen di bawah. Kalau korang ada sebarang komen atau kritikan, jangan segan untuk tinggalkan komen dibawah. Jangan takut. Aku tak gigit orang.


Seni Cap Jari

Dah tengok seni mati? Entri kali ni aku nak kongsi dengan korang seni cap jari pulakKevin Van Aelst menggunakan cap jari beliau sendiri untuk menghasilkan gambar cap jari dari pelbagai medium. Dari mustard kuning sehingga kertas putih. Jom tengok!


Poster Cool Leica S2

Apa korang boleh buat dengan 37.5 Megapixel? Entri kali ini aku nak kongsi dengan korang poster iklan untuk kamera Leica S2. Foto-foto hasil Luca Schneider ini menunjukkan Leica S2 mampu menghasilkan gambar yang sangat detail, sehingga korang dapat tengok benda-benda halus di sebalik papan iklan tersebut! Brilliant! Jom tengok!

Sumber:Fubiz.net


Wallpaper Simple Di Simpledesktops

Meow. Aku seorang yang minimalist. Aku suka segalanya yang simple. Sebab simple itu mudah. Cakap pasal simple, korang dah tengok video Simplicity?

Entri kali ini aku nak kongsi dengan korang semua satu laman web untuk download wallpaper yang simple! Simpledesktops.com. Kebanyakan wallpaper di laman web ni adalah hasil karya Tom Watson. Kat sini korang boleh download wallpaper tak menyerabutkan desktop dan kepala korang. Dengan ini, korang boleh menjadi lebih produktif dan tak pening kepala! Banyak pilihan untuk korang pilih.  Aku suka wallpaper f/4. Korang macam mana pulak?

Sumber:simpledesktops.com


Iklan Kreatif New Straits Times

Sejak duduk di tanah Jepun ini, aku mengaku aku sudah jarang membaca surat  khabar. Nak mengharapkan surat  khabar online, memang tak sama dengan feel membaca surat  khabar ‘ori‘. Jari jemari menyelak kertas. Mata meliar mencari headline yang mempu membuatkan jantung aku berdegup kencang.

Baru-baru ini surat khabar bahasa Inggeris yang popular di Malaysia, New Straits Times melancarkan kempen dengan tagline “Gain a deeper perspective“. Iklan untuk kempen ini dibuat oleh McCann Erickson Agency. Kempen ini membawa konsep NST yang menyampaikan berita dengan sangat sempurna, sehingga pembaca merasakan mereka berada di tempat kejadian. Another brilliant concept by NST!

NST adalah surat khabar faveret aku. Dengan iklan yang genius kreatif kat bawah ni, aku makin tabik spring kat NST.

Kredit:
Agency: McCann Erickson, Malaysia
Executive Creative Director: Szu-Hung Lee, Hwa
Creative Director: Jules Tan
Copywriters: Szu-Hung Lee, Primus Nair, Zaidee Zainal, Benjamin Ng
Art Directors: Jules Tan, Jerome Ooi
Agency Producer: Jimmy Ong, Bridget Hong
Photographer: Loh Lin Shan / iRom

Sumber:mymodernmet