Jom Baca Blog!

artwork

Gunakan Masa Lapang Sebelum Tiba Masa Sempit.

Ya. Tajuk entri kali ini adalah pengajaran yang aku nak sampaikan. Tak perlu aku tulis panjang-panjang.

Sejak semester kedua untuk tahun akhir ini, aku semakin sibuk. Sibuk dengan kerja di lab. Buat eksperiment, kutip data, buat slide powerpoint dan present ke ahli lab, etc. Cukup.

Kepada yang masih belum sibuk dengan final year project, exam, kerja part-time, siram pokok bunga atau jemur kain, pastikan korang gunakan masa lapang korang dengan sebaik-baiknya sebelum tiba waktu sempit. Faham? Bagus. Aku sayang korang.

Next!

Disebabkan aku jarang kongsi dengan korang artwork aku, kali ini aku nak kongsikan apa yang telah aku hasilkan selepas entri terakhir aku. Enjoy, dan komen!

Ada masa lapang nanti aku cuba update lagi.

Design business card untuk adik aku. (more…)


Hanya Di Bulan Ramadhan #4

Pagi tadi aku sahur sikit sangat. Hari ini aku kurang bersemangat.


Hanya Di Bulan Ramadhan #2


Hanya Di Bulan Ramadhan #1

Meow. Berzaman sudah aku tak menulis. Kesibukan di lab dan kekangan masa menjadi alasan blog ini kembali usang. Maaf.

Walaubagaimanapun entri kali ini cukup ringkas. Tak banyak perkataan. Hanya sedikit doodle yang aku buat ketika tunggu waktu berbuka. Selamat berpuasa semua!

Notakaki: Macam mana pulak dengan Ramadhan korang?


Walimatul Urus

Bila korang baca tajuk entri kali ini, apa yang korang fikir? Haziq nak kahwin? Nope. Belum masanya lagi. InsyaAllah ada rezeki, ada jodoh, akan sampai waktu untuk aku pulak. Korang kena ingat. Pilih isteri bukan macam pilih barang kat Amazon.

Hari ini, 12 Februari 2011 warga PAMY (Persatuan Anak Malaysia Yamaguchi) mengadakan majlis perpisahan kepada seniorsenior yang menamatkan pengajian pada bulan Mac ini. Tema tahun ini adalah Walimatul Urus. Kahwin. Kenduri. Ya, semua yang timbul dalam kepala korang sekarang.

So, apa motif entri kali ini? Aku nak kongsi dengan korang design kad undangan ke majlis walimatul urus tu. Kalau korang perasan, ada typo yang sangat BESAR dan MEMALUKAN. Kalau korang perasan, tinggalkan komen di bawah. Kalau korang ada sebarang komen atau kritikan, jangan segan untuk tinggalkan komen dibawah. Jangan takut. Aku tak gigit orang.


[Fotografi] Ada Apa Dengan Autumn?

Di Jepun sekarang ini musim luruh. Autumn. Atau dalam bahasa Jepun-Aki. Ada apa dengan musim luruh ini? Best sangat ke?

Bagi aku musim luruh ini memang best. Sebab tak panas sangat, tak sejuk sangat. Suam-suam kuku bak kata orang Melayu. Padahal sekarang ni memang dah mula sejuk giler. Dan sebab kedua, aku dapat tengok daun-daun pelbagai warna-merah,kuning, oren, dan hijau.

Aku bukan seorang photographer professional. Menembak hanya sekadar hobi. Tapi tangan aku memang suka tembak gambar daun kuning oren tatkala musim luruh ini. Entri kali ini aku nak tunjuk macam mana rupanya musim luruh di Jepun ini. Kebanyakan foto aku tembak di sekitar Ube, Nagato,dan Iwakuni.

(more…)


The Dusk Cloud

Dusk Cloud

This is my latest design.

Designed using Adobe™ Photoshop® CS2 on photo taken using SE K800i.

The Dusk Cloud by Clumzycaffein.

You cam view My Artwork for more designs.