Jom Baca Blog!

Teiden, Laman Media Sosial, Poster

Meow.

Seperti yang korang tahu, 11 Mac 2011 lepas, gempa bumi berskala 8.9 magnitud serta tsunami telah melanda kawasan Tohoku, Jepun. Sejak itu pelbagai isu telah timbul. Baik yang sedap didengar, atau yang tak sedap langsung untuk kita dengar. Dari isu Ultraman, sampai isu sayur radioaktif.

Teiden

停電(ていでん)Teiden bermaksud blackout. Kebanyakan kawasan yang dilanda tsunami dan gempa bumi dijadualkan untuk blackout mengikut masa yang telah ditetapkan. Hal ini bertujuan untuk menjimatkan elektrik.

Laman Media Sosial

Aku yakin 99% dari korang yang membaca entri ini mempunyai akaun Facebook. Kalau korang perasan, pada laman utama Facebook ada update dan informasi berkenaan Schedule Blackout. Malah ada yang menulis kata-kata semangat kepada Jepun pada status Facebook masing-masing. Terima kasih Facebook kerana membantu Jepun.

Kepada korang yang ada Twitter, sememangnya Twitter memainkan peranan besar dalam membantu Jepun menghadapi gempa bumi. Dari sekecil usaha menaip hashtag #prayforjapan sehingga usaha untuk menghantar tweet update keadaan di Jepun.

Bukan itu sahaja, Google, Yahoo, Apple dan banyak laman web lain yang menyokong Jepun ketika ini. Terima kasih lagi sekali.

Poster

Ada apa dengan poster?

Disebabkan usaha menjimatkan elektrik amat penting sekarang ini, satu komuniti graphic designer di Twitter membuat poster-poster untuk menggalakkan orang ramai menjimatkan elektrik.

Bagi aku poster-poster ini memang comel, smart, dan direct dalam menyampaikan mesej. Jom kita tengok.

Sumber: Gaijinpot, Setsuden

Notakaki: Bil elektrik bulan lepas melambung jugak. Aku pon patut menjimatkan elektrik nampaknya.

Notakakilagi: Malam ini Earth Hour. Jangan lupa.

6 responses

  1. 1st!

    March 26, 2011 at 8:15 pm

    • tahniah kerana menjadi pengomen pertama! nanti boleh belanja aku makan. yeah!

      March 26, 2011 at 8:41 pm

  2. Comel-comel posternya!
    Kalau kat Malaysia, poster2 mostly skema kalau datang dari pihak berkuasa. Aku lagi suka poster2 NGO, mereka pandai guna khidmat photographer dan sebagainya nak dapatkan hasil yang mampu tarik minat semua golongan – mostly belia~
    🙂

    Aaaa~

    March 27, 2011 at 9:04 am

    • yup! comel dan sangat menarik perhatian! oowh, menarik. NGO melangkah setapak ke hadapan.
      kadang-kadang kat sini juga poster jangan buang sampah guna kartun doraemon ngan shin chan. kelakar jugak la. hehe

      March 27, 2011 at 10:16 am

  3. Setakat ni di Malaysia yang guna Sin Chan adalah kempen jom ke masjid. Dia lukis Sin Chan pakai kopiah. Ada time aku di universiti~
    😄

    March 27, 2011 at 12:57 pm

  4. sangat chumel poster2 derang..
    mcm ni la baru org lain dpt alert n bminat nak bace..
    🙂

    April 1, 2011 at 11:45 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s