Jom Baca Blog!

Tsunami, Jishin, Nihonjin

Meow. Hari itu aku marah. Geram. Malu. Kenapa? Korang kena baca entri sebelum ini.

Tapi hari ini aku rasa lega, bercampur takut, berbaur risau.

Seperti yang korang sudah maklum, berita kartun Ultraman dikejar tsunami sudah sampai ke telinga penduduk Jepun.  Korang boleh tengok link ini untuk bacaan lanjut. Berita tersebut dipaparkan dalam laman web Yahoo Japan News.

Berikut adalah terjemahan bahasa Melayu aku.

[Masa Kuala Lumpur] Berita Harian bertarikh 14hb, satu artikel dikeluarkan untuk meminta maaf kerana menerbitkan manga(kartun) harian yang menggambarkan kurangnya perhatian kepada mangsa gempa bumi timur jepun.

Manga ini memaparkan hero Ultraman yang lari dari tsunami. Artikel meminta maaf itu menyatakan “Tiada sebarang niat untuk mempermainkan”. Penulis juga turut sama memohon maaf.

Ya, aku tahu. Bahasa aku berterabur di atas. Agak sukar untuk menterjemahkan dalam perkataan dengan sempurna. Tetapi intipati berita itu lebih kurang begitu bunyinya. Jika ada kesilapan, aku berbesar hati untuk ditegur.

Lega

Aku lega kerana tak semua orang jepun yang memberi respon negatif mengenai kartun Ultraman dikejar tsunami. Berikut adalah antara komen yang sedap untuk didengar.

でも、ウルトラマンは最後に必ず勝つ。

Tapi Ultraman last-last confirm menang jugak!

マレーシアでは、日本といえばウルトラマンなのか?

Di Malaysia, bila sebut tentang Jepun, orang akan fikir pasal Ultraman ea?

そんな程度かわいいものです。もっと酷いことを隣国にされてます

Perbuatan ini comel. Kami kena perbuatan yang lebih teruk oleh negara jiran.

 

Takut

Dan aku ada terbaca respon negatif orang Jepun tentang hal di atas. Takut jugak. Jom tengok antara komen yang kurang memang tak sedap didengar.

謝るのは当然のこと。

Memang patut kena minta maaf pon.

バカにするな。人命に関わるのに不謹慎だ。

Jangan perbodohkan hal ini. Nyawa manusia tak boleh buat main.

どこの国でも 報道するものの モラルとか欠けてること多いんだな

Mana-mana negara pun ada banyak juga kejadian tak bermoral.

Kalau korang nak baca lagi komen-komen orang Jepun mengenai isu ini, sila klik link ini.

Kalau kita tengok, mereka juga seperti kita. Ada yang marah, ada yang tidak. Aku rasa cukuplah untuk aku marah sehari sahaja. Korang pula bagimana?

Senpai aku juga ada menulis entri berkaitan hal ini. Korang patut baca. Sebab entri beliau membuka pemikiran aku.

 

Risau

Aku tinggal di Yamaguchi. Jarak antara Yamaguchi dan Tokyo adalah lebih daripada 700km. Ya, memang jauh. Tetapi semakin hari aku semakin risau. Aku risau jika gempa bumi turun hingga ke Okinawa. Aku risau jika keselamatan rakan-rakanku di Tokyo terancam. Kawasan tempat tinggal aku agak tinggi tetapi dekat dengan laut. Tetapi aku risau juga jika tsunami menghempas Pantai Kirara.

Di kaca tv kami diberitahu agar tidak panik dengan kobocoran dan letupan reaktor nuklear di Fukushima. Kami diberitahu agar sentiasa berhati-hati dan peka dengan perkembangan semasa. Tapi tak salah kan untuk aku risau?

 

Kesimpulan

Aku pasti korang tahu apa itu tsunami. Jishin bermaksud gempa bumi, dan nihonjin bernaksud orang Jepun. Tsunami, jishin, dan nihonjin. Itu adalah tiga perkataan yang tak dapat dipisahkan. Saling melengkapi antara satu sama lain.

Aku yakin kerajaan Jepun, penduduk Jepun, dan pasukan penyelamat luar negara sedang berusaha keras untuk mengatasi pelbagai masalah yang kian meruncing ini. Aku ucapkan tahniah kepada mereka. Aku minta agar mereka sentiasa tabah.

Aku tak tahu nasib Jepun pada hari esok. Ataupun lusa. Yang aku tahu, aku tak nak jadi manusia yang langung tidak membantu ketika mereka memerlukan. Sensei aku orang Jepun. Tutor aku orang Jepun. Member aku juga orang Jepun. Mereka banyak membantu aku untuk menghadapi hidup di sini. Buat masa ini aku hanya mampu berdoa untuk keselamatan mereka, rakyat Jepun serta keselamatan rakyat Malaysia di sini.

Jauh disudut hati aku, wujud perasaan kecewa dalam diri. Kerana aku tiada jawapan untuk soalan yang aku tanya diri aku setiap hari:

Apa usaha kau untuk bantu mereka?

Peace!

Notakaki: Terima kasih kepada semua atas komen untuk entri sebelum ini. Aku cukup seronok bila korang tulis komen. Tak kita yang baik atau yang membina. Aku sayang korang.

Notakakilagi: Ramai yang bertanya bagaimana nak follow blog ini. Buat masa ini, korang boleh bookmark, subscribe rss. atau follow twitter aku. Aku sayang korang lagi sekali.

 

9 responses

  1. Sila sayang aku jugalah.
    Eh?

    Ok, serious matter (sambil betulkan duduk – dah ada meja dah ni kohei)

    Alhamdulillah, ada yang boleh terima. Yang tak boleh terima tu, aku dengan rendah diri mahu cakap gomenasai pada mereka.

    Dan ya, hati2 di sana. Sentiasa alert tahu?
    Doakan keselamatan kau dan segala kenalan aku kat sana.

    March 16, 2011 at 8:33 pm

    • Ya! Sudah semestinya. Aku sayang kau juga. Hehe.

      *Betulkan kerusi jugak*
      Yang mana boleh terima tu, lega sangat-sangat. Dan mari sama-sama ucap gomennasai dan explain elok-elok.

      Terima kasih. Alert dia siang hari ok rasanya. Cuma malam aku tidur mati. Takut juga kalau apa-apa jadi. Terima kasih atas doa Lord Zara.

      Take care juga~

      March 17, 2011 at 10:44 am

  2. sabar er
    Suya doakan yang terbaik buat rakan-rakan kat Jepun..Sebab ada keluarga Suya stay sana pun duk meluahkan kerisauan mereka..
    apa-apa pun.. kamu terus alert k..
    stay health and calm. Assalamualaikum

    yeay.. saya tahu pasai JIshin.. Hehehehe

    March 16, 2011 at 9:27 pm

    • Terima kasih suya. Family ada kat sini? Kat mana ea? harap mereka juga selamat.
      Sekarang pon dah ramai yang keluar dari tokyo.
      Take care juga~ Wassalam!

      March 16, 2011 at 9:35 pm

  3. milkchoco

    senpai….あなたは私の日本の言語を教えることができますか?

    March 17, 2011 at 1:49 am

    • ありがとう milkchocoさん。言語を教えるなんて僕はまだまだですよ。でも自分の知ることを喜んでmilkchocoさんに教える。お互いに頑張って!
      milkchocoさんはどこの大学?

      March 17, 2011 at 10:39 am

  4. gambaro bro!

    March 17, 2011 at 1:03 pm

  5. kami disini sentiasa mendoakan keselamatan semua rakyat jepun…kita duduk di bumi yg sama…
    ape yag berlaku turut dirsaai disini…

    gOodluck di jepun sana!!!

    March 18, 2011 at 1:00 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s