Jom Baca Blog!

Nasi Lemak Abu Dhabi

Meow. Jangan salah anggap. Aku tidak ke Abu Dhabi semata-mata untuk makan nasi lemak. Aku tak beruang sebanyak itu.

Pagi semalam aku buat nasi lemak. Nasi lemak pertama yang aku buat dalam hidup. Aku tanak dengan titik peluh air tangan sendiri.

Disebabkan sukar untuk menperoleh bekalan santan ori di bumi sakura ini, kami hanya mampu menggunakan santan serbuk yang diseludup dari Malaysia. Aku Google “resipi nasi lemak guna santan serbuk”. Pop! Keluar search result sepantas 0.31 saat. Aku klik pada result di atas sekali iaitu Resipi Raidah.

Dengan berbekalkan resipi Nasi Lemak Abu Dhabi dari blog Resipi Raidah, aku cuba buat nasi lemak. Semua bahan mencukupi kecuali daun pandan. Ya, orang Jepun tak guna daun pandan dalam masakan. Jadi,  daun pandan tak dijual di pasar raya. Aku ikut resipi Nasi Lemak Abu Dhabi satu persatu. Inilah hasilnya.

Baiklah. Korang mesti tertanya-tanya soalan ini.

Mana timun? Takde.

Mana kacang? Takde.

Kenapa nasi bulat-bulat? Sebab aku guna beras Jepun.

Kenapa sambal sikit sangat? Sebab aku tak makan pedas.

Kenapa ayam nampak macam ayam KFC? Itu bukan ayam KFC. Member aku, Pak Lah yang masakkan. Sedap sehingga menjilat jari.

Cukup dengan soalan. Tengok la ayam ni puas-puas.

Alhamdulillah. Lepas hajat nak makan nasi lemak. Sudah hampir enam bulan tak makan nasi lemak. Dekat Twitter semalam @FarraFender cakap satu scoop nasi lemak bersamaan 500 kcal kalori. Cuak beb. Lelaki pon kena jaga badan jugak taw.

So, pagi ni aku makan apa pulak? Aku bangun lewat. Tak masak.

Notakaki: Disebabkan cuti haru (musim bunga) ini aku tak ke mana-mana, aku rasa aku dah jumpa aktiviti masa cuti aku. Memasak. Ok. Bunyi pelik bukan? Bukan apa, bagi aku lelaki kena pandai masak jugak. Baru boleh menambat hati mak mertua. Haha.

Notakakilagi: Kredit kepada blog Resipi Raidah. Teima kasih. Lepas ini saya nak cuba resipi lain pulak. Korang pon patut cuba jugak.

4 responses

  1. bley la mai hachioji masak nasi lemak abu dharbi ni..huhu
    kite tengok bley lawan keba ke tak

    March 6, 2011 at 12:24 am

    • pergh. ada nasi lemak king kat hachioji? wajib rasa ni. haha

      March 6, 2011 at 12:30 pm

  2. WOW. aku suka bila kau tulis; lelaki pun kena pandai masak jugak. Baru boleh menambat hati mak mertua..

    nice😀

    March 15, 2011 at 10:03 am

  3. ghazalibin ismail

    bro ko tak teringin ker jadi pembekal santan kat jepun aku leh export ke sana untuk ko jika kau mahu jadi biz man kat sana sambil belajar

    October 27, 2011 at 1:46 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s