Jom Baca Blog!

Archive for February, 2011

[Video] Foto Soubetsukai PAMY 2011

Meow. Korang ingat lagi hari tu aku ada post satu entri pasal Majlis Soubertsukai (Majlis Perpisahan)? Kalau tak ingat, jom tengok entri Walimatul Urus. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Senpai-senpai terharu. Makanan banyak lebih. Warga PAMY melantak nasi minyak, ayam masak merah, dan gulai kawah. Terima kasih tukang masak.

So, entri kali ini, aku nak kongsi dengan korang foto-foto yang aku tembak pada malam kejadian. Foto-foto yang aku tembak tu, aku letak dalam satu video. Senang untuk kita tengok. Tak perlu klik banyak kali. Video ini jugak merupakan video yang pertama aku buat dengan iMovie. Aku siap buat akaun Vimeo sebab YouTube buat hal. Rupanya buat movie ni bukanlah semudah yang disangka. Anyway, enjoy the video!

Notakaki: Cuti sekolah dah mula. Exam dah habis. Terasa macam nak buat stop-motion video pulak.


[Jepun] Gun O’ Clock

Meow. Entri kali ini bukan untuk promosi. Hanya sekadar berkongsi.

Memang tak dinafikan, di Jepun ini banyak barang yang pelik-pelik, yang belum pernah difikirkan oleh akal Melayu. Orait, produk kali ini adalah Gun O’ Clock (ガンオクロック). Apa gunanya Gun O’ Clock(GOC) ni? GOC ada dua mode: 1. GOC membolehkan korang bangun pagi dengan ceria! Ya, dengan ceria. Bila jam loceng berbunyi, korang tersedar, angkat pistol dan tembak. Mesti kena pada sasaran baru alarm stop berbunyi. 2. Korang boleh main tembak-tembak. Yeah! Kat Amazon, produk ini berharga 3150¥.

So, adakah aku nak beli, lepas tu buat product review kat blog aku ni? Oh, tidak. Jangan salah anggap. Aku da cakap, ini bukan promosi, tetapi hanya berkongsi. Bagi aku konsep GOC agak cool. Sensor yang digunakan pon cool. Tetapi untuk beli, tak cool. Apa lagi yang cool? Video promosi GOC. Grafik video promo ni agak smart. Tapi ada something yang buat video ini kelakar. Try la tengok.

Notakaki: Apa motif entri kali ini? Aku rasa poster kat atas tu cool dan video promo dia best. I think there is something wrong with me.


Kerajaan Vs Rakyat

Siapa takut siapa?

Ini bukan entri panjang. Hanya sekadar pendapat peribadi. Entah macam mana, aku setuju dengan grafik di bawah ini. Jom fikir sama-sama.


Amaran Penting

Aku suka baca blog. Blog hopping termasuk dalam perkara yang aku buat ketika aku bosan. Dan alangkah baiknya kalau notification yang kat bawah ni memang wujud. Sebab apa? Aku memang pantang time tengah nak baca blog, tiba-tiba keluar lagu yang datang entah dari mana, lepas tu tak boleh nak stop atau pause. Memang annoying. Dan aku tak akan buka blog tu lagi. No offense. Remember, first impression is important.



[Infografik] Cara Mati

Korang da baca entri Seni Mati? Kalau dah, jom tengok apa cara kematian yang paling teruk!


Walimatul Urus

Bila korang baca tajuk entri kali ini, apa yang korang fikir? Haziq nak kahwin? Nope. Belum masanya lagi. InsyaAllah ada rezeki, ada jodoh, akan sampai waktu untuk aku pulak. Korang kena ingat. Pilih isteri bukan macam pilih barang kat Amazon.

Hari ini, 12 Februari 2011 warga PAMY (Persatuan Anak Malaysia Yamaguchi) mengadakan majlis perpisahan kepada seniorsenior yang menamatkan pengajian pada bulan Mac ini. Tema tahun ini adalah Walimatul Urus. Kahwin. Kenduri. Ya, semua yang timbul dalam kepala korang sekarang.

So, apa motif entri kali ini? Aku nak kongsi dengan korang design kad undangan ke majlis walimatul urus tu. Kalau korang perasan, ada typo yang sangat BESAR dan MEMALUKAN. Kalau korang perasan, tinggalkan komen di bawah. Kalau korang ada sebarang komen atau kritikan, jangan segan untuk tinggalkan komen dibawah. Jangan takut. Aku tak gigit orang.


Apa Beza Great Britain, England & United Kingdom

Meow. Exam belum habis lagi. Aku ada dua subjek minggu depan. Doakan aku.

Orait, entri kali ini aku nak kongsi dengan korang satu ilmu yang aku baru je belajar. Mungkin ada yang dah tahu. Mungkin ada yang tak tahu, macam aku. Apa tunggu lagi, jom tengok apa beza Great Britain, England, dan United Kingdom.