Jom Baca Blog!

Archive for January, 2011

Seni Cap Jari

Dah tengok seni mati? Entri kali ni aku nak kongsi dengan korang seni cap jari pulakKevin Van Aelst menggunakan cap jari beliau sendiri untuk menghasilkan gambar cap jari dari pelbagai medium. Dari mustard kuning sehingga kertas putih. Jom tengok!


Muslimah dan skateboard

Cuti winter baru-baru ni aku dan member-member Yamaguchi Daigaku pergi main snowboard kat Nozawa Onsen, Nagano. Memang seronok. Lebih seronok dari main PSP. Susah sikit pada mulanya, tapi bila dah boleh main, korang pasti rasa nak lompat-lompat tunjuk skill kat aweks-aweks Jepun.

Entri kali ni aku nak kongsi dengan korang semua satu video pasal Maryama Jilo. Beliau seorang skateborder berusia 20 tahun dari Seattle. So, apa yang cool? Maryama Jilo is a girl, and a Muslimah! Muslimah on skateboard! Isn’t that cool enuff? Tapi aku agak kecewa sikit sebab ada segelintir Muslim di kawasan Maryama yang kurang senang dengan hobi beliau.

Notakaki: Aku injured sikit main snowboard hari tu. Doakan aku cepat sembuh.


Seni Mati

Kematian itu pasti. Dan mustahil bagi kita manusia untuk tahu bila, tempat, dan bagaimana kita mati. Entri kali ini aku nak kongsi dengan korang semua hasil kerja fotografi oleh David Huncheringer. Beliau adalah photographer yang suka menghasilkan foto yang bertemakan kematian. Jom tengok antara hasil kerja beliau.