Jom Baca Blog!

Ada apa dengan Rockmelt?

Meow! Mungkin ada di antara korang yang dah dengan pasal Rockmelt. Dan mungkin ada yang sedang menggunakan Rockmelt. So, ada apa dengan Rockmelt?

Rockmelt Itu Browser

Rockmelt adalah internet browser baru yang dibangunkan daripada browser faveret aku, Google Chrome. Jadi korang taw la apa yang best kan? Seperti Google Chrome, Rockmelt juga sangat pantas! Tak perlu tunggu lama untuk load satu page. Rockmelt juga boleh menggunakan extension sebijik macam Chrome. Kebanyakan Chrome Extension boleh digunapakai dalam Rockmelt. Walaubagaimanapun aku agak kecewa sikit sebab extension faveret aku, Speed Dial tak compatible dengan Rockmelt. Tapi takpe, we must give Rockmelt time to mature. Maklumlah, browser baru, masih dalam beta version.

Sharing Is Caring

Korang suka main Facebook? Suka bertwitter? Dan suka share apa-apa sahaja di internet? Rockmelt memang kena dengan jiwa korang. Korang dah tak payah nak download extension banyak-banyak untuk berfesbuk dan bertwitter. Facebook dan Twitter dah built-in dalam Rockmelt! Kalau nak chat dalam facebook pon senang. Member-member facebook korang dah berbaris kat belah kiri Rockmelt, dan segala update Facebook dan Twitter akan dipaparkan pada sebelah kanan browser. Pendek kata, tak payah bukak Facebook untuk berfacebook dan tak payah bukak Twitter untuk bertweet! Butang share juga disediakan kalau korang nak share mana-mana web page terus ke Facebook Wall korang atau Twitter. Senang bukan?

Rss Feed Update

Aku suka blog-hopping. Kalau korang seperti aku, mesti korang ada blog faveret korang kan? Dengan Rockmelt, korang boleh subscribe mana-mana blog/web dengan Rss dan segala update dalam blog/web tersebut akan dipaparkan pada sebelah kanan Rockmelt browser korang. Then, korang boleh klik terus dan baca blog faveret korang. Tak payah susah-susah nak bukak blog/web untuk check ada entri baru atau tak. Rockmelt akan tunjuk semua tu kepada korang.

Rockmelt untuk siapa?

Rockmelt sangat sesuai untuk kaki-kaki Facebook, tangan-tangan Twitter dan kepala-kepala yang suka sharing. Beware, Rockmelt memang sangat best kalau internet korang laju, tapi kalau internet korang slow macam siput patah kaki, maybe boleh hilang mood nak mengadap internet.

Rockmelt is a True Social Browser

Social Browser. Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan Rockmelt. Walaupun Rockmelt masih baru, sebenarnya sebelum ini ada satu lagi social browser yang pernah wujud, iaitu Flock. Dengan social browser, korang bukan sahaja boleh surf internet sambil layan ketagih Facebook korang, malah segala perkongsian menjadi lebih mudah. Tak perlu susah-susah share secara manual.

Macam mana saya download Rockmelt?

Buat masa ini Rockmelt hanya boleh didownload kalau korang dapat invitation dari member Facebook korang yang menggunakan Rockmelt. Tapi korang kena daftar dulu kat website Rockmelt. Ok la. Disebabkan aku pengguna Rockmelt, aku ada lagi dua invitation untuk menggunakan browser Rockmelt. Siapa nak, komen kat bawah, add aku kat Facebook dan sign-up kat website Rockmelt. Siapa cepat dia dapat!

So, ada apa dengan Rockmelt?

Kat bawah ni aku letak video aku guna Rockmelt kat desktop aku. Korang boleh tengok macam mana interface dan function dalam Rockmelt. Rockmelt sekarang dah jadi default browser aku, menggantikan Google Chrome. Personally, aku suka Rockmelt sebab memudahkan perkongsian. Klik satu butang sahaja untuk post di Fb Wall atau Twitter. Aku bukan kaki Facebook, tapi Rockmelt berguna sebab aku dapat alert kalau ada update baru kat Facebook. Aku jugak sukakan Rss Feed yang beritahu aku kalau ada update kat blog Obe dan JustKhai. Kalau korang dah cuba, jangan lupa tinggalkan feedback atau komen kat bawah. Trimas! Adios!

2 responses

  1. aku lagi suka pelayar web biasa tanpa integrasi sosial. kengkadang leh menganggu produktiviti. haha~

    December 6, 2010 at 12:32 pm

    • Betul2. Tak dinafikan. Haha. Time buat keje aku bukak chrome. time enjoy baru bukak rockmelt.

      December 6, 2010 at 12:52 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s