Jom Baca Blog!

Archive for December, 2010

Poster Cool Leica S2

Apa korang boleh buat dengan 37.5 Megapixel? Entri kali ini aku nak kongsi dengan korang poster iklan untuk kamera Leica S2. Foto-foto hasil Luca Schneider ini menunjukkan Leica S2 mampu menghasilkan gambar yang sangat detail, sehingga korang dapat tengok benda-benda halus di sebalik papan iklan tersebut! Brilliant! Jom tengok!

Sumber:Fubiz.net

Advertisements

Fast Update #1

Tuu dia! Fast update pertama aku dalam blog Clumzycaffein ni.

1. Sekarang aku bukan di Ube, tetapi di Tokyo.

2. 28 Disember sampai 7 Januari aku dan dua orang rakan Yamaguchi University mengembara ke Tokyo atas urusan akademik dan urusan cuti-cuti Jepun.

3. Besar kemungkinan aku tak dapat mengupdate blog Clumzycaffein ini dalam tempoh tersebut.

4. Korang enjoy la dulu dengan entri lama buat masa ni.

5. Selamat bercuti kepada pelajar di Jepun, dan selamat tahun baru kepada umat manusia di seluruh dunia khususnya di Malaysia dan Jepun.

6. Bola fina AFF Suzuki Cup Malaysia VS Indonesia. Malaysia boleh! Harimau Malaya boleh!


Video Cool – FPS Live Action

Korang kaki game FPS? Mana satu faveret korang? Call Of Duty Black Ops? Battlefield? Atau game wajib main time pegi cyber cafe, Counter Strike? Kali ini aku nak kongsi dengan korang video cool yang dibuat berdasarkan game fps. Video ni memang nampak real! Siap ada grenade dan sniper lagi. Cakap je tak cukup. Jom tengok!

Sumber:Facerocker.com


Wallpaper Simple Di Simpledesktops

Meow. Aku seorang yang minimalist. Aku suka segalanya yang simple. Sebab simple itu mudah. Cakap pasal simple, korang dah tengok video Simplicity?

Entri kali ini aku nak kongsi dengan korang semua satu laman web untuk download wallpaper yang simple! Simpledesktops.com. Kebanyakan wallpaper di laman web ni adalah hasil karya Tom Watson. Kat sini korang boleh download wallpaper tak menyerabutkan desktop dan kepala korang. Dengan ini, korang boleh menjadi lebih produktif dan tak pening kepala! Banyak pilihan untuk korang pilih.  Aku suka wallpaper f/4. Korang macam mana pulak?

Sumber:simpledesktops.com


Cara Pakai Hijab Chill

Kakak-kakak di luar sana, makcik-makcik di dapur, korang masih ingat time Yuna mula fofular dulu? Fenomena ‘Tudung Yuna’ melanda Malaysia. Haha. Aku rasa sampai sekarang, fesyen tudung Yuna masih mendapat tempat di hati muslimah Malaysia.

Orait. Entri kali ini aku nak kongsi dengan wanita-wanita di luar sana fesyen tudung baru. Yang kat Jepun ni pon boleh cuba jugak. Hijab Chill!! Hijab Chill ini diperkenalkan oleh tuan blog peliks, Maria Elena. Maria Elena adalah awek dalam video di bawah. Hehe.

Aku tak pernah pakai tudung sebab aku ni lelaki. Kepada muslimah di luar sana, kalau dah takde idea nak pakai tudung stail apa, korang boleh try pakai Hijab Chill. Try something new. Try something different.

Full credit to:peliks.blogspot

“Don’t fear failure so much that you refuse to try new things. The saddest summary of a life contains three descriptions: could have, might have, and should have.”


Gambar X-Ray oleh Nick Veasey

Nick Veasey menggunakan x-ray untuk mengambil gambar barang-barang di sekitar kita. Sekaligus beliau menghasilkan foto x-ray terbesar di dunia, iaitu foto x-ray pesawat Boeing 777. Foto x-ray pesawat ini memerlukan lebih daripada 500 keping foto yang diambil secara berasingan. This is one hell of a job! Hasil kerja Nick ini membolehkan kita tengok macam mana Superman tengok! Haha. Jom tengok gambar x-ray kay bawah ni!

(more…)


Siapa Cakap Wanita Islam Itu Lemah

Seorang Muslimah ayu di Brookhaven, New York bertindak berani untuk menghalau seorang perompak yang meluru masuk ke dalam kedai tempat beliau berkerja. Hafize Sahim, 27 menggunakan battle axe sepanjang 3 kaki untuk menghalau seorang perompak tersebut. Aku ulang lagi sekali, BATTLE AXE! Beliau bukan sahaja berani mempertahankan diri, malah beliau langsung tidak menunjukkan rasa takut kepada perompak tersebut. Memang ganas cara dia hayun kapak kat kepala perompak tu. Even bila perompak tu dah lari dari kedai, dia siap nak kejar lagi! She is one brave muslimah. Susah nak percaya kan? Jom tengok video di bawah.

Video ini dah agak lama. Tapi mungkin kita boleh mencontohi keberanian Hafize ini.

Sumber:nydailynews