Jom Baca Blog!

Archive for November, 2010

[Video] Stop Motion-Sorry I’m Late

Meow! Aku bukan sahaja suka photography. Stop-motion jugak salah satu sumber inspirasi aku. Entri kali ini aku nak kongsi dengan korang satu video stop-motion yang agak brilliant! Stop-motion daripada Tomas Mankovsky ini sangat unik. Bukan saja penuh dengan set yang warna-warna, storyline video ini juga simple dan best. Enjoy the video guys!

Korang boleh jugak tengok the making video ini di official website Sorry I’m Late.


[Fotografi] Ada Apa Dengan Autumn?

Di Jepun sekarang ini musim luruh. Autumn. Atau dalam bahasa Jepun-Aki. Ada apa dengan musim luruh ini? Best sangat ke?

Bagi aku musim luruh ini memang best. Sebab tak panas sangat, tak sejuk sangat. Suam-suam kuku bak kata orang Melayu. Padahal sekarang ni memang dah mula sejuk giler. Dan sebab kedua, aku dapat tengok daun-daun pelbagai warna-merah,kuning, oren, dan hijau.

Aku bukan seorang photographer professional. Menembak hanya sekadar hobi. Tapi tangan aku memang suka tembak gambar daun kuning oren tatkala musim luruh ini. Entri kali ini aku nak tunjuk macam mana rupanya musim luruh di Jepun ini. Kebanyakan foto aku tembak di sekitar Ube, Nagato,dan Iwakuni.

(more…)


[Video] Simplicity

Aku suka tengok Youtube. Di Jepun, tengok video di Youtube bukan seperti menunggu siput melintas jalan. Best.

Entri kali ini aku nak kongsi satu video yang bertajuk Simplicity. Video ini memang simple. Tetapi, mempunyai makna yang dalam. Cinematography yang sangat cantik. Bebola mata aku tak lari hatta 1mm pun dari monitor. Video ini cukup indah! Brilliant! Wataknya hanya dua orang budak. Korang perlu saksikan sendiri video ini. Enjoy the video guys~


Lego HQ Di Moscow

Aku suka main Lego. Aku dibesarkan dengan Lego. Lego mempengaruhi hidup aku. Aku tak tahu korang macam mana, tapi bagi aku Lego bukan satu permainan yang membosankan.

Entri kali ini aku nak bawak korang tengok macam mana rupa ibupejabat Lego di Moscow, Rusia. Bagi aku pejabat diorang memang cool. Macam HQ Facebook dan HQ Google. Jom kita tengok!

(more…)


[Video] Mari Kupas kentang

Meow. Boleh dikatakan aku sibuk sekarang. Sibuk dengan test. Sibuk dengan report lab. Sibuk menangkap gambar. Sibuk ngadap laptop. Sibuk mengayuh basikal. Bila entah aku boleh rileks.

Disebabkan “alasan-alasan” yang tertera di atas, aku pon da jarang update blog ini. Jadi, aku kongsikan video yang aku jumpa kat youtube ni dengan korang. Macam mana nak kupas kulit kentang..Japan style!

Aku belum pernah nampak orang jepun buat cara ini, apatah lagi aku cuba buat cara ini. Takpe. Nanti kita try. Enjoy~


Raya datang lagi

Meow. First time aku sambut raya di perantauan. Memang sedih tak ingat. Walaupun Aidil Adha biasanya tak semeriah sambutan Aidil Fitri, aku ada rasa terkilan la juga. Malam raya mengadap report lab. Berpusing-pusing otak fikir apa nak letak dalam report ni. Terketar-ketar tangan aku menaip. Rileks kejap, aku taip entri baru kat blog aku ni.

Selamat hari raya kepada abah, Along, Nabilah,Azfar dan semua umat Islam yang meraikan Aidil Adha ini, tak kira dia Malaysia, Jepun atau Nigeria sekalipun. Tahun ni tak dapat balik raya. Sorry. Esok ada kelas lagi. Sampai petang. Semoga Aidil Adha ini memberi keberkatan kepada kita semua.