Jom Baca Blog!

Ragam Manusia

9_lecture_theatre.jpeg.jpg

Sekarang ini dianggarkan terdapat 6,877,600,000 orang manusia di atas muka bumi ini. Korang patut rasa diri korang istimewa berbanding 6,877,600,000 orang lain. Sebab apa? Sebab diri korang ada satu je kat dunia ni. Tahniah. Tepuk tangan untuk diri sendiri. Dan jangan lupa bersyukur.

‘Lain padang, lain belalang. Lain orang, lain ragam.’

Aku sure sangat korang mesti pernah dengar peribahasa ni. Kalau bukan time sekolah rendah, mungkin time sekolah menengah.

Aku nak kongsi satu ragam manusia yang aku baru saksikan petang tadi. Petang tadi, pukul 2.30 sampai 4.00 kelas (電気エネルギー) Electrical Energy. Aku masuk awal sikit takut tak dapat seat. Tapi, time aku sampai tu dah ramai dalam kelas da. Hampeh betul. (Minggu depan datang lagi awal ea.)

Aku cari seat sambil mencelah orang-orang jepun yang bising dalam kelas tu. Dapat seat belakang (tak best betul!). Bila Sakiyama Sensei masuk, sume orang dah mula senyap. Tapi ada satu golongan yang belum senyap. Bercerita je kejenye. Dah la cakap loghat Tokyo. Bingit telinga aku. Maklumlah, aku orang kampung. Hehe. Depan aku pulak tu diorang bising. Panas je hati ni. Rasa nak jentik hidung sorang-sorang. Sensei dah ada kat depan pon nak bising lagi.

Lecture start. Hari ini aku belajar (熱力学) Thermodynamic. Peh~ antara subjek yang aku tak suka. Telan je la Haziq. Sensei tengah rancak bercerita depan kelas, diorang bising balik. Dah la tinggi dari aku. Tak nampak slide show kat depan tu. Adoyaaaii. Nasib badan..

Sambil dengar Sakiyama Sensei mengajar, aku tunduk salin nota. Kusyuk aku salin. Buat-buat salin pon ada jugak. Brader sebelah aku dengar iPod sambil tunduk, tidur. Zzz. Bila aku pandang depan nak tengok slide show, tiba-tiba aku nampak mamat jepun dua orang selang dua seat depat aku tengah main toilet roll! Selamba bapak diorang je!

Toilet roll tu diorang ambil dalam 1 meter, then masukkan hujungnye dalam hidung masing-masing. Peh~ Kelakar sioot! Sambil tulis nota pulak tu. Lepas tu diorang pandang belakang kejap. Aku nak tergelak dah. Punya la aku tahan gelak. Senyum-senyum sikit je la. Brader jepun tepi aku ni pon senyum geleng kepala je.

Aku pandang kiri, pandang kanan. Semua orang memang tak perasan atau buat-buat tak perasan? Sensei pon macam tak layan je. Aku yang panas tadi pon dah sejuk sikit. Nasib baik korang pandai buat lawak. Lepas tu diorang berenti kejap. Tunjuk rajin sikit depan sensei. Then sambung main lagi. Siap pass-pass toilet roll lagi.

Lecture habis awal sebab sensei terlupa print slide show nak bagi kat kitorang. Tapi mamat depan aku ni tak habis borak lagi. Dengan aku taknak pulak borak. Haha.

“Jom pegi library, siapkan report.”

“Takpe la. Aku nak pegi Sunpark.”

“Aku bagi result experiment aku kat ko, then kita pegi sama-sama.”

“Orait. Nice!”

Tu ayat last aku dengat dari diorang. Aku pon blah dari situ. Dalam hati aku bermonolog. “Last-last macam tak siap je report korang tu”.

Macam-macam ragam manusia ada di dunia ini. Hari ini aku kongsi ragam orang muda Jepun dalam kelas aku. Esok lusa aku kongsi kisah lain pulak. Cuma satu je yang aku nak tekankan. Orang Jepun memang interesting~

*P/S: Sunpark tu shopping mall kat Onoda. Tempat dia lebih kurang macam Mid Valley.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s