Jom Baca Blog!

Archive for July, 2010

Legoman Bertatoo Pilot

Korang suka main Lego? Atau masih main lagi sekarang? Bagus.
Apa jadi bila dua syarikat gergasi, Pilot dan Lego bergabung dalam satu iklan? Jom tengok!
Iklan cool dari Pilot ni menampilkan Legoman(orang Lego) yang ber-tatoo! (more…)

Jom main snake dalam Youtube

21 Mei lepas, sempena meraikan ulangtahun Pacman ke-30 Google meletakkan game Pacman pada logonya. Korang masih ingat kegilaan Pacman pada waktu itu? Ada yang sampai melekat depan laptop main game toyol kuning kepala bulat tu. Kalau korang rasa tak puas lagi nak main game Pacman lagi klik sini.

Bukan Google sahaja. Dalam Youtube pun korang boleh main game yang simple macam tu. Game apa? Snake. Ya, Snake. Game ular yang semakin panjang bila makan biji apa entah tu. Macam mana nak main? Jom tengok!

(more…)


Jom Tunggang

Ada orang suka naik kereta. Ada yang suka tunggang motosikal. Di Jepun, ramai yang suka tunggang basikal.

Ada juga yang suka racing kereta. Ada yang gemar merempit motor. Tak lupa juga kepada yang suka membonceng basikal. Oh, jangan lupa, di Jepun amalan membonceng basikal dua orang adalah dilarang.

Selain itu, apa yang boleh ditungganng? Jom kita tengok.

(more…)


Exam

Terima kasih kepada dua orang sahabat aku yang meninggalkan komen dalam entri sebelum ini. Komen pendek, tapi bermakna. Terima kasih.

Cukup sahaja untuk permulaan. Kita terus masuk ke topik utama. Entri kali ini bertajuk “Exam” atau dalam bahasa Jepun, 試験(Shiken). Kenapa aku pilih tajuk ni? Ya, sebab aku sekarang sedang menghadapi musim exam. Exam aku bermula 23 Julai dan berakhir 5 Ogos. Nak tahu berapa paper semuanya? Sepuluh. Banyak? Kimitachi no souzouryoku ni makaseru. Terpulang kepada kalian untuk menilai.

Itulah bilangan subjek untuk exam bagi kebanyakan pelajar tahun 3 Denki Denshi (Electric & Electronic) Yamaguchi Daigaku. Aku ada member Jepun yang ambil lebih dari itu. Ditambah lagi dengan report experiment mingguan. Aku panggil dia Mukai. Mungkin Mukai lebih tersiksa dari aku. Takpe, Mukai pelajar pintar. Goukaku(lulus) perkara mudah bagi kebanyakan pelajar Jepun.

Berikut adalah senarai exam aku untuk semsester ini. (more…)


Peluang kedua

Kali terakhir aku menulis dalam blog ini pada bulan 3 tahun lepas. Oh, blog ini penuh habuk.

Aku terfikir, patutkah aku tutup blog ini dan buat blog baru? Kononya ketika itu semangat membara penuh dalam dada untuk kembali berbloging.

Aku fikir. Fikir. Dan terus fikir.

Jawapannya: tidak.

Aku akan cuba untuk menulis kembali. Dalam blog ini. Ya, clumzycaffein.wordpress.

Berikan aku peluang. Sekali lagi.

P/S: jom tengok jomtembak.tumblr.com