Jom Baca Blog!

Archive for December, 2008

minggu ini sibuk

Aku menulis lagi. Dah lama aku tak menulis. Kenapa? Sebab aku sibuk study untuk peperiksaan Japanese Language Proficiency Test (JLPT) level 2 Ahad ni. Aku tak rasa aku dah study cukup untuk shiken (exam) kali ni. Dan aku tahu shiken ni tak semudah level 3 yang aku amek tahun lepas. Walau bagaimanapun, aku cuba untuk study tanpa henti, pagi petang siang malam. Memang letih, dan aku berharap sangat usaha aku berbaloi dan dapat goukaku (lulus) shiken nikyuu (level 2) ni. Kawan-kawan, doakan aku berjaya untuk shiken kali ini! InsyaAllah.

Mungkin sampai sini je dapat aku tulis. Aku akan cuba untuk tulis entry yang best selepas shiken aku selesai.

Aku hampir lupa. Rasanya tak salah untuk aku ucap Selamat Menyambut Aidil-Adha kepada semua pembaca dan umat Islam di luar sana. Semoga Aidil-Adha kali ini mengajar kita erti pengorbanan yang sejati. Insyaalah.

“Apa erti pengorbanan bagi diri kau?”