Jom Baca Blog!

Makan, makan, makan…

makan3

Aku suka makan. Macam-macam aku suka makan, kecuali yang pedas dan masam. Aku suka lasagna. Aku suka roti. Aku suka lolipop. Nasi? Aku kurang gemar makan nasi. Tetapi aku makan sikit sebab aku cepat kenyang.

Kau suka makan? Apa yang kau makan untuk sarapan pagi tadi? Sedap? Aku harap kau suka apa yang kau makan.

Makanan Jasmani

Manusia perlu makan untuk meneruskan hidup. Untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih sempurna. Cuba kalau kau tak sarapan, mau nye kau tidur dalam kelas! Sedangkan ketika berpuasa pun kita disunatkan untuk bersahur terlebih dahulu. Oh, nikmatnya makan.

Makan ketika lapar. Berhenti bila kenyang.

Aku cukup suka kata-kata ini. Aku tak suka makan sampai kenyang macam nak meletup perut. Pernah kau dengar yang makan secara berlebiha-lebih boleh menyebabkan hati mati? Bagi aku, aku setuju sangat.

Cuba kau makan banyak-banyak sampai nak terbukak butang seluar kau. Mesti kau rasa malas nak bergerak bukan? Jadi, kau akan duduk sebentar dengan alasan supaya makanan ‘turun’ dulu sebelum sambung buat kerja. Bila kau duduk, kau pasti akan rasa selesa. Ha, time ni mesti kau akan rasa mengantuk yang teramat sangat! Apa lagi, perut dah kenyang, kalau time hujan petang-petang, memang confirm kau akan tido!!

Kesannya? Kau akan tidur tak ingat dunia, kerja entah kemana. Lepas tu bila bangun, mula la kau sakit perut!

Makanan Rohani

Tanpa makanan jasmani, manusia boleh mati. Tanpa makanan rohani, bagaimana pula? Ya, hati manusia juga boleh mati. KIta perlu makanan rohani setiap hari. Makanan rohani cukup mudah. Tidak perlu dibeli dengan harga yang mahal seperti harga nasi lemak yang tetap naik walaupun harga minyak turun(sedikit).

Makanan rohani mudah didapati. Naqib aku sering mengingatkan aku untuk turun berjemaah di surau setiap hari. Kemudian mendengar taalim selepas solat. Ya, itu salah satu makanan rohani. Kau malas ke surau? Bacalah Al-Quran dalam bilik. Itu juga santapan rohani yang cukup mudah.

Mahu yang lagi simple? Kau boleh mendengar bacaaan Al-Quran dan hadith dari internet. Susah-susah, kau copy je dalam mp3 player atau henset kau. Kau boleh dengar selalu. Kau juga boleh membaca buku ilmiah Islam. Cukup untuk memperbaiki diri kau (dan aku) sendiri.

Kau dan aku adalah manusia istimewa. Janganlah kau rosakkan diri kau kerana makanan yang boleh memberi mudarat (atau menggemukkan) diri kau; badan dan minda kau yang sempurna itu.

Cukup sampai sini. Semoga kita lebih baik dari semalam. Sekian.

“Makan untuk hidup. Atau hidup untuk makan?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s