Jom Baca Blog!

Manusia itu istimewa

Aku bosan. Aku marah. Aku bengang. Hari ini YPM meminta sebahagian pelajar JAD untuk mengikuti seminar Child Development Conference bertempat di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh UKM, Bangi. Dan akulah salah seorang yang ‘bertuah’ untuk ke sana.

Kenapa aku marah? Secara peribadi, aku rasa seminar ini tidak sesuai langsung untuk para pelajar (kecuali jika pelajar tersebut ingin berkahwin dan memiliki anak dalam masa terdekat ini). Seminar yang membincangkan bagaimana membesarkan/menghadapi/mengawal kanak-kanak pintar cerdas (mengapa mereka tidak menggunakan perkataan genius?).

Aku rasa hanya mak bapak dan guru-guru sahaja yang patut menyertai seminar ini. Mengapa pelajar JAD harus menyertai seminar ini?! Kepada pelajar JAD yang membaca entri ini, anda rasa relevankah kita diwajibkan menghadiri seminar ini? Komen anda amat dihargai.

1

Tetapi, aku cuba untuk mengambil apa yang positif dari seminar ini. Tempoh 10 jam yang aku habiskan di UKM tidak semua sia-sia. Aku belajar sesuatu. Terima kasih para motivator dan moderator.

Manusia itu istimewa

Dalam seminar itu ada seorang motivator yang mengatakan seorang anak yang gifted tidak boleh menjadi gifted. Dengan kata lain, kalau dah tak genius tu, memang tak genius la walaupun kau telan banyak mana kismis sekalipun. Namun bukan itu yang ingin aku kongsi.

Manusia ada berbagai rupa. Manusia banyak karenah. Manusia boleh berfikir. Mungkin tidak semua manusia itu pandai atau genius, tetapi bagi aku itulah yang istimewa tentang manusia. Pelbagai. Macam-macam.

Kau tidak perlu memiliki IQ melebihi 180 untuk menjadi istimewa. Kau tidak perlu memiliki superpower seperti KeluangMan atau Peter Petrelli untuk menjadi unik. Kau tidak perlu memakai seluar dalam di luar untuk kelihatan lain. Cukuplah kau menjadi diri engkau. Hargai diri kau setiap hari.

Mengapa manusia itu istimewa

Kau rasa diri kau tidak istimewa? Percayalah kata aku. Kau sangat istimewa! Cukuplah melihat ibu jari kau. Setiap manusia mempunyai cap jari yang berbeza bukan? Cap jari kau sudah pasti berbeza dengan adik kau sendiri. Kau lain dari yang lain.

Manusia mempunyai hati dan perasaan. Kau boleh rasa sayang, benci, rindu, malas, dan lain-lain. Cuba kau tanya kawan-kawan kau, sayangkah mereka pada kau? Cuba telefon mak atau ayah di kampung, tanya lah sama ada mereka rindu akan kau atau tidak. Oh, jawapannya cukup membahagiakan bukan? Kau sudah rasa istimewa? Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang pada kau. Kau sungguh istimewa.

Jadi,janganlah sia-siakan diri kau. Hargailah diri kau yang istimewa itu. Usah pedulikan kata orang yang ingin menjatuhkan kau. Yakinlah diri kau itu istimewa. Manusia itu istimewa.

Aku rasa sampai sini dulu entri kali ini. Masih banyak ingin aku sampaikan. Mungkin lain kali. Aku ada report yang perlu disiapkan. Terima kasih kerana mambaca. Sekian.

*p/s: Aku tak pergi seminar esok. Kenapa? Kerana arahan dari pihak atasan (YPM). Fikir-fikirkanlah mengapa hal ini terjadi.

“Aku insan istimewa”

6 responses

  1. nie baek tuk futur ko nant
    haha

    November 15, 2008 at 6:19 pm

  2. clumzycaffein

    huahaa..trimas trimas.
    smoga bek utk future kita sume😛

    November 16, 2008 at 12:21 pm

  3. manusia itu betul2 istimewa.
    aku sokong.
    tapi aku tak sokong penyataan bila anak itu tidak gifted, die tidak akan gifted..
    sebab,
    bagi aku, setiap anak, adalah bijak, berseni, mahir, hebat dan segala kelebihan yang ada..
    tetapi bila die membesar, ke arah mana yang die pergi..\

    November 17, 2008 at 5:14 pm

  4. clumzycaffein

    terima kasih kopi!
    ya! semua manusia dilahirkan istimewa.
    aku istimewa. kau juga istimewa. macam kopi cakap, semoga kita membesar mengikut jalan yang betul,dan mengekalkan ‘keistimewaan’ kita😛

    November 19, 2008 at 9:58 am

  5. “Kau tidak perlu memakai seluar dalam di luar untuk kelihatan lain. Cukuplah kau menjadi diri engkau”

    yg ini ku kirakn bgus. mmg cukup

    November 20, 2008 at 12:08 am

  6. clumzycaffein

    terima kasih nasir haris. Motivasi yang ckup baik untuk aku, dan untuk semua. Kau sungguh istimewa.

    November 20, 2008 at 9:50 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s