Jom Baca Blog!

Hari ini ada jikken.

Bertemu lagi. Hari ini ada jikken. Jikken bermaksud experiment. Setiap hari Khamis ada jikken. Jikken kagaku (kimia) dan butsuri (fizik) bergilir-gilir setiap minggu. Bila ada jikken, bermakna ada lah report yang perlu ditulis. Alhamdulillah report aku dapat disiapkan pada malam Khamis(kerja last minute la ni).

dsc00621

Hari ini ada jikken kagaku. Jikken kali ini memerlukan kesabaran dan ketabahan hati. Kenapa? Kerana jikken ini mengambil masa yang agak lama untuk dilaksanakan. Tetapi kumpulan aku bukan kumpulan terakhir yang meninggalkan lab. Terima kasih kepada ahli kumpulanku yang dedikasi dalam melaksanakan tanggungajawab. Gambar di atas sebagai bukti yang aku tak ponteng jikken.

Sabar sebahagian dari iman

Sabar sebahagian dari iman. Inilah moral value yang aku belajar dalam jikken kali ini. Sains bukan sekadar mengajar kita tentang kehidupan. Tentang alam. Tetapi sains kali ini mengajar kita tentang kesabaran. Tidak dinafikan memang manusia mengainginkan hasil yang baik dalam tempoh yang singkat. Tetapi kita lupa bahawa setiap yang berlaku di dunia ini perlu melalui proses-proses untuk memastikan hasil yang diperolehi itu baik dan berkualiti. Ibu perlu mengandung sembilan bulan sebelum melahirkan kita. Pokok-pokok besar di tepi jalan yang kita lihat setiap hari bermula dari sebiji benih yang kecil. Manusia perlu belajar berjalan sebelum boleh berlari. Manusia perlu belajar merangkak sebelum boleh berjalan.

Jadi, sabarlah. Sabar dengan dugaan yang menimpa. Sabar dengan karenah manusia. Sabar untuk menjawab soalan matematik. Sabar dalam mengambil bacaan jikken. Sabar dengan rakan-rakan. Sabar dengan diri sendiri. Sabarlah dengan segalanya.

Semoga entri kali ini menjadi teladan buat diri aku sendiri. Sekian.

2 responses

  1. amuzaru

    haziq… syukur2… jiken ari berjaya.. lame menanti kekka.. akhirnya..huuuu.. thanz..:)

    November 13, 2008 at 3:57 pm

  2. clumzycaffein

    no problem!.hehe
    thnx 2 u 2..😛.
    nak kekka, leh mintak kat nafisah

    November 13, 2008 at 4:07 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s