Jom Baca Blog!

Archive for November, 2008

Adobe kuler:Tak payah pening fikir colour scheme

kulerAku menulis lagi. Kali ini aku menulis sebab nak kenalkan korang dengan satu software Adobe yang memang sangat best untuk digunakan oleh mereka di luar sana yang gemar menggunakan perisian Adobe Photoshop, Illustrator, InDesign, etc.

Dengan Adobe kuler, korang tak payah susah-susah nak (more…)

Advertisements

The Count of Monte Cristo

Kau pernah dengar tajuk entri kali ini? Ya, The Count of Monte Cristo adalah tajuk novel karya Alexander Dumas. Novel ini pernah diadaptasikan dalam filem dengan tajuk yang sama pada tahun 2002.

Kenapa aku tulis tentang The Count of Monte Cristo? Hehe. Aku cuma nak bagitau korang yang movie The Count of Monte Cristo ialah movie pertama yang aku download dengan jayanya menggunakan Bitcomet sejak aku beli laptop Compaq CQ-20 kesayangan aku ni!

Best? Oh, sudah tentu best! Aku pernah tengok movie ni dulu. Walaupun aku tak berapa faham bahasa Inggeris, aku faham jalan ceritanya. Dan filem ini mengubah persepsi aku sejak itu. Edmond Dantes menjadi idola aku. Aku pernah menggunakan nama Edmond Dantes sebelum menggunakan nama clumzycaffein.

Ya, macam biasa, aku ingin menulis apa yang aku belajar dari filem ini. Tetapi aku tak boleh tulis panjang sebab esok aku ada kuiz Bahasa Jepun dan C Language..Maaf ya kawan-kawan.

Apa aku belajar?

1.JANGAN TIKAM BELAKANG (dan depan) KAWAN KAU!

2.JANGAN PUTUS ASA DALAM HIDUP

3.KNOWLEDGE IS POWER

4.TO DEFEAT YOUR ENEMY, YOU MUST KNOW THEM

Sampai sini dulu. Doakan kejayaan aku untuk kuiz esok. Sekian.


Makan, makan, makan…

makan3

Aku suka makan. Macam-macam aku suka makan, kecuali yang pedas dan masam. Aku suka lasagna. Aku suka roti. Aku suka lolipop. Nasi? Aku kurang gemar makan nasi. Tetapi aku makan sikit sebab aku cepat kenyang.

Kau suka makan? Apa yang kau makan untuk sarapan pagi tadi? Sedap? Aku harap kau suka apa yang kau makan.

Makanan Jasmani

Manusia perlu makan untuk meneruskan hidup. Untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih sempurna. Cuba kalau kau tak sarapan, mau nye kau tidur dalam kelas! Sedangkan ketika berpuasa pun kita disunatkan untuk bersahur terlebih dahulu. Oh, nikmatnya makan.

(more…)


Terima Kasih

terimakasih

Aku tidak mahu tulis panjang. Aku sekadar nak mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pembaca blog aku. Walaupun tak banyak entri yang aku muatkan, tetapi masih ada yang sudi membaca blog aku. Terima kasih.

Maaf kawan, kerana sibuk. Banyak projek design datang dalam masa terdekat ini. Design baru pon aku tak sempat letak dalam blog clumzycaffein. InsyaAllah entri baru akan ditulis dalam masa terdekat ini.

Terima kasih lagi sekali. Arigatou gozaimasu. Sekian.


ASIMO

Aku kembali menulis. Ahad (16Nov) lepas aku ke One Utama untuk melihat teknologi Nihon (Jepun) yang sememangnya aku kagumi. Agak lewat untuk aku tulis tentang Pameran ASIMO ini. Oleh yang demikian, entri kali ini aku muatkan dengan gambar-gambar di sana. Korang tengok la gambar yang tak brape banyak ni.
11

Gambar budak megantuk yang bosan menunggu show start. Di sana aku DIKELILINGI BUDAK-BUDAK KECIL! *Diri terasa muda..

(more…)


Manusia itu istimewa

Aku bosan. Aku marah. Aku bengang. Hari ini YPM meminta sebahagian pelajar JAD untuk mengikuti seminar Child Development Conference bertempat di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh UKM, Bangi. Dan akulah salah seorang yang ‘bertuah’ untuk ke sana.

Kenapa aku marah? Secara peribadi, aku rasa seminar ini tidak sesuai langsung untuk para pelajar (kecuali jika pelajar tersebut ingin berkahwin dan memiliki anak dalam masa terdekat ini). Seminar yang membincangkan bagaimana membesarkan/menghadapi/mengawal kanak-kanak pintar cerdas (mengapa mereka tidak menggunakan perkataan genius?).

(more…)


Hari ini ada jikken.

Bertemu lagi. Hari ini ada jikken. Jikken bermaksud experiment. Setiap hari Khamis ada jikken. Jikken kagaku (kimia) dan butsuri (fizik) bergilir-gilir setiap minggu. Bila ada jikken, bermakna ada lah report yang perlu ditulis. Alhamdulillah report aku dapat disiapkan pada malam Khamis(kerja last minute la ni).

dsc00621

Hari ini ada jikken kagaku. Jikken kali ini memerlukan kesabaran dan ketabahan hati. Kenapa? Kerana jikken ini mengambil masa yang agak lama untuk dilaksanakan. Tetapi kumpulan aku bukan kumpulan terakhir yang meninggalkan lab. Terima kasih kepada ahli kumpulanku yang dedikasi dalam melaksanakan tanggungajawab. Gambar di atas sebagai bukti yang aku tak ponteng jikken.

Sabar sebahagian dari iman

Sabar sebahagian dari iman. Inilah moral value yang aku belajar dalam jikken kali ini. Sains bukan sekadar mengajar kita tentang kehidupan. Tentang alam. Tetapi sains kali ini mengajar kita tentang kesabaran. Tidak dinafikan memang manusia mengainginkan hasil yang baik dalam tempoh yang singkat. Tetapi kita lupa bahawa setiap yang berlaku di dunia ini perlu melalui proses-proses untuk memastikan hasil yang diperolehi itu baik dan berkualiti. Ibu perlu mengandung sembilan bulan sebelum melahirkan kita. Pokok-pokok besar di tepi jalan yang kita lihat setiap hari bermula dari sebiji benih yang kecil. Manusia perlu belajar berjalan sebelum boleh berlari. Manusia perlu belajar merangkak sebelum boleh berjalan.

Jadi, sabarlah. Sabar dengan dugaan yang menimpa. Sabar dengan karenah manusia. Sabar untuk menjawab soalan matematik. Sabar dalam mengambil bacaan jikken. Sabar dengan rakan-rakan. Sabar dengan diri sendiri. Sabarlah dengan segalanya.

Semoga entri kali ini menjadi teladan buat diri aku sendiri. Sekian.