Jom Baca Blog!

Khusyuk para sahabat

Pada zaman para sahabat dahulu, ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf. Dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir sekiranya ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama
Hatim Al-Isam dan bertanya : “Bagaimanakah
caranya tuan solat?” Hatim berkata : “Apabila masuk waktu solat aku
berwudhu’ zahir dan batin.” Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan
batin itu?” Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu
membasuh semua anggota wudhu’ dengan air. Sementara wudhu’ batin ialah
membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-

1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari /mengharap pujian orang (riya’)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki


Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan
semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh
kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah
kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku
,
dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian
‘Sirratul Mustaqim’
dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah
solat terakhirku
, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku’
dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan
dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30
tahun.” Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan
ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.

Melalui kisah Hatim Al-Isam, kita dapat lihat bagaimana datangnya kekusyukan para sahabat Rasulullah SAW. Mereka mencari kekusyukan dalam solat kerana mereka tahu akan kepentingan dan nikmat beribadah. Namun, kita sekarang ini hanya mengambil sikap acuh tak acuh mengenai solat dan ibadah. Seringkali kita rasa rimas apabila lalat atau nyamukberterbangan di sekeliling kita ketika kita bersolat. Rasa seperti hendak mengangkat tangan dan membunuh haiwan yang tidak bersalah itu! Tetapi, ingatkah kita kisah Saidina Ali RA yang cedera kakinya ditembusi panah musuh dan beliau tidak dapat menahan kesakitan ketika hendak mencabut panah tersebut. Tetapi apabila panah tersebut dicabut ketika beliau sedang solat, kekhusyukan beliau telah menghilangkan rasa sakit panah yang dicabut. Beliau tidak merasa sakit hatta sedikit sekalipun. Marilah kita sama-sama merenung kembali apakah nilai solat kita. Apakah tumpuan kita terganggu ketika solat, dengan kewujudan seekor lalat kecil? Atau ALLAH yang berada dihadapan kita melenyapkan rasa rimas tersebut? Sama-sama kita perbaiki diri…Wallahuallam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s