Jom Baca Blog!

Archive for May, 2008

Apple!?

Advertisements

Hadiah Iblis Kepada Nabi Musa

Iblis datang kepada Nabi Musa a.s dan berkata: “Engkaulah yang dipilih Allah rasul-Nya dan Kalimullah, sedangkan aku seorang makhluk biasa, yang ingin bertaubat kepada Tuhan. Maka tolonglah aku, semoga taubatku diterima.” Nabi Musa merasa gembira lalu berwuduk dan solat kemudian baginda berdoa: “Ya Tuhan, iblis adalah makhluk-Mu dan dia ingin bertaubat, maka terimalah taubatnya.: Maka diturunkan wahyu kepada Musa: “Ya Muasa, dia tidak akan bertaubat.: Jawab Muasa: “Ya Tuhan, dia mahu bertaubat.” Maka turun wahyu kepada Musa: “Aku telah menerima permintaanmu Musa, maka suruhlah ia bersujud kepada kubur Adam, maka Aku akan menerima taubatnya.”

Nabi Musa sangat gembira dan menyampaikan suara wahyu itu kepada iblis, tiba-tiba iblis marah dan sombong serta berkata: “Aku tidak akan sujud kepadanya pada masa hidupnya, bagaimana akan sujud sesudah matinya?” Lalu iblis berkata: “Hai Musa, kerana engkau telah menolongku, maka kini engkau berhak menerima hadiah daripadaku, maka aku berpesan kepadamu tiga perkara:

– Ingatlah kepadaku ketika marah, sebab aku ada di dalam tubuhmu mengikut saluran darah.

– Ingatlah kepadaku ketika menghadapi musuh ketika perang, sebab aku datang kepada anak Adam mengingatkan kepadanya keadaan isteri, anak, hartanya sehingga dia lari ke belakang.

– Awaslah, jangan duduk sendirian dengan wanita yang bukan mahram, sebab aku sebagai utusannya kepadamu dan utusanmu kepadanya.


Cara Menjawab Telefon Untuk Yang Betul

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah… dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).

1.
Soalan: haloo, may i speak to Bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2.
Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3.
Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4.
Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5.
Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

7.
Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.

Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.
maap

9. Soalan: halloo… …
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini.
anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11.
Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: assalammualaikum…
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.
salam kite wajib
jawab)


Photoshop CS3™

Photoshop CS3 dah kuar..(padahal dh lama kuar)

ak masih blom try gne lg…huhu…tgk product overview mmg BEST!

senpai hadi dah ader…y pirate nye kot..muahahah’

jad, kpada sumer graphic designers n grphc lovers out there..

JOM BELI ADOBE PHOTOSHOP CS3 dan menikmatinye…

For mote info bout dis product click the link below:
Photoshop CS3 Feature


Train Station

Dis is my latest artwork..

not much…cz i hv no idea recently..


SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum wbt.

Hari ini, 16 Mei, Malaysia menyambut Hari Guru di seluruh negara. Sambutan hari guru bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru yang mendidik kita. Kita seharusnya berterima kasih kepada insan yang selama ini tidak lokek mengajarkan kita ilmu; sama ada guru tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti atau guru yang mengajar kita di mana-mana sekalipun, walaupun ilmu yang diajarkan itu hanya sepotong ayat.

Terdapat pelbagai cara untuk kita menunjukkan penghargaan dan kasih sayang kepada guru-guru kita. Memberi hadiah seperti bunga, saputangan, atau kad hari guru adalah salah satu cara. Tetapi, para guru tidak mengharapkan hadiah dalam bentuk material. Sebaliknya, hadiah yang paling bernilai bagi mereka adalah kejayaan kita. Anda hanya perlu menenjukkan keupayaan diri anda yang sebenar dalam pelajaran dan menunjukkan teladan yang baik,yakni dari segi akhlak.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama mengucapkan TERIMA KASIH atau SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru kita. Tanpa mereka, mungkin kita tidak dapat menjadi diri kita yang cemerlang seperti sekarang.

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN TENAGA PENGAJAR DI SELURUH MALAYSIA. TERUTAMANYA GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (SEMSAS), KUANTAN, PAHANG. DAN SEMUA SENSEI JAPANESE ASSOCIATES DEGREE (JAD) PROGRAMME,YAYASAN PELAJARAN MARA (YPM).

先生の日おめでとうございます!!

Ikhlas daripada Muhammad Haziq bin Samsudin,

Ex-student SEMSAS, Pelajar U2 JAD Program YPM


日本語?

korang nak blaja 日本語(にほんご) nihonngo/ bahasa jepun??

haha..ok, aku letak 言葉/ kotoba (perkataan) yang senang2..

klu korang biasa tgk drama jepun, dah tau kot 言葉 ni..

1. 私(わたし) watashi/saya

2. あなた anata /awak

3. 食べる(たべる)    taberu/makan

4. ご飯(ごはん) gohan/ nasi

例文/contoh ayat

私 は ご飯 を 食べます

or

わたし は ごはん を たべます

maksud: SAYA MAKAN NASI

JOM BLAJA BAHASA JEPUN! 日本語を勉強しましょう!