Manusia itu istimewa

15 11 2008

Aku bosan. Aku marah. Aku bengang. Hari ini YPM meminta sebahagian pelajar JAD untuk mengikuti seminar Child Development Conference bertempat di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh UKM, Bangi. Dan akulah salah seorang yang ‘bertuah’ untuk ke sana.

Kenapa aku marah? Secara peribadi, aku rasa seminar ini tidak sesuai langsung untuk para pelajar (kecuali jika pelajar tersebut ingin berkahwin dan memiliki anak dalam masa terdekat ini). Seminar yang membincangkan bagaimana membesarkan/menghadapi/mengawal kanak-kanak pintar cerdas (mengapa mereka tidak menggunakan perkataan genius?).

Read the rest of this entry »





Hari ini ada jikken.

13 11 2008

Bertemu lagi. Hari ini ada jikken. Jikken bermaksud experiment. Setiap hari Khamis ada jikken. Jikken kagaku (kimia) dan butsuri (fizik) bergilir-gilir setiap minggu. Bila ada jikken, bermakna ada lah report yang perlu ditulis. Alhamdulillah report aku dapat disiapkan pada malam Khamis(kerja last minute la ni).

dsc00621

Hari ini ada jikken kagaku. Jikken kali ini memerlukan kesabaran dan ketabahan hati. Kenapa? Kerana jikken ini mengambil masa yang agak lama untuk dilaksanakan. Tetapi kumpulan aku bukan kumpulan terakhir yang meninggalkan lab. Terima kasih kepada ahli kumpulanku yang dedikasi dalam melaksanakan tanggungajawab. Gambar di atas sebagai bukti yang aku tak ponteng jikken.

Sabar sebahagian dari iman

Sabar sebahagian dari iman. Inilah moral value yang aku belajar dalam jikken kali ini. Sains bukan sekadar mengajar kita tentang kehidupan. Tentang alam. Tetapi sains kali ini mengajar kita tentang kesabaran. Tidak dinafikan memang manusia mengainginkan hasil yang baik dalam tempoh yang singkat. Tetapi kita lupa bahawa setiap yang berlaku di dunia ini perlu melalui proses-proses untuk memastikan hasil yang diperolehi itu baik dan berkualiti. Ibu perlu mengandung sembilan bulan sebelum melahirkan kita. Pokok-pokok besar di tepi jalan yang kita lihat setiap hari bermula dari sebiji benih yang kecil. Manusia perlu belajar berjalan sebelum boleh berlari. Manusia perlu belajar merangkak sebelum boleh berjalan.

Jadi, sabarlah. Sabar dengan dugaan yang menimpa. Sabar dengan karenah manusia. Sabar untuk menjawab soalan matematik. Sabar dalam mengambil bacaan jikken. Sabar dengan rakan-rakan. Sabar dengan diri sendiri. Sabarlah dengan segalanya.

Semoga entri kali ini menjadi teladan buat diri aku sendiri. Sekian.





Hari ini Tuesday.

11 11 2008

Hari ini Tuesday. Orang Melayu panggil hari Selasa. Orang Jepun sebut kayoubi (火曜日). Hari ini aku sibuk. Sibuk dengan kadai denki kairo. Sibuk dengan Azzariyat. Sibuk dengan kempen senyum sokmo di JAD. Aku yang sibuk, atau aku ini penyibuk?

Kelas hari ini semua mengantuk,ada yang tertidur. Tetapi tidak aku. Aku puas tidur semalam selepas menelan panadol untuk menghilangkan demam dan pening kepala. Gambar dibawah sebagai bukti, dan sebagai teladan kepada kita semua. Kepada rakan-rakan yang terkantoi tidur dalam kelas Dr Ueno, gomennasai diucapkan.

drueno

Tiada apa yang istimewa dalam entri kali ini. Hanya sebagai penghilang kebosanan aku yang sedang berusaha untuk memastikan diri ini study untuk kuiz denki kairo esok. Sekian.





JOM MAKAN! Kedai dibuka semula!

9 11 2008

Dengan rasminya, blog ini akan kembali dibuka. Semoga dengan permulaan baru ini akan membari manfaat kepaada kita semua, InsyaAllah.

Clumzycaffein juga akan menggunakan ‘baju baru’ supaya anda lebih berselera untuk membaca entri-entri baru yang lebih sedap!

Nantikan artwork baru dari clumzycaffein! Anda sudah bau dari jauh? Nantikannya…





Shutting Down

24 09 2008

hi

im shutting down my blog until further notice…

thank you





APABILA KEMUNGKARAN BERLELUASA

15 07 2008

Apabila semua golongan sudah terlibat dengan kemungkaran
Kemungkaran yang berbagai-bagai jenis banyak dilakukan
Semua golongan sudah terlibat dengan dosa
Kemurkaan Tuhan pun berlaku ke atas mereka
Apabila Allah murka,bala bencana pun diturunkan
sebagai hukuman kepada manusia
Didatangkan orang-orang jahat membuat
kacau-bilau
seperti peperangan dan pembunuhan
Ditimpakan berbagai-bagai penyakit
kronik yang menakutkan


Bencana alam pun dilakukan di mana-mana
yang memusnahkan
Di waktu itu manusia hidup pun di dalam ketakutan
Keamanan dan ketenangan sudah tidak ada
lagi di mana-mana
Hidup resah dan gelisah,jiwa sentiasa cemas

Huru-haralah kehidupan di
mana-mana,dunia jadi Neraka
Untuk menenangkan semula kehidupan di dunia ini
Semua golongan kenalah membaiki diri
Jauhilah kemungkaran,jangan membuat dosa lagi
Untuk meredakan kemurkaan Tuhan kepada manusia
Bertaubatlah banyak-banyak, membuat
baiklah dengan segera
Berkasih sayanglah sesama manusia
Bermaaf-maafanlah satu sama lain dan bekerjasama
Agar rahmat Tuhan dicucuri semula kepada
manusia,
Keamanan pun bermula..
WALLAHUALAM…





DUNIA DIPENUHI KRISIS

12 07 2008

DUNIA DIPENUHI KRISIS
Dunia penuh dengan berbagai-bagai
krisis,
Tidak ada negara yang sunyi daripadanya,
Krisis politik, krisis ekonomi,
Krisis akhlak, krisis nilai,
Krisis rumah tangga, krisis sosial,
Krisis kaum, bangsa dan puak,
Hidup di dalam ketakutan, mana pergi
bimbang,
Keamanan sudah tidak ada lagi,
Kasih sayang dan keharmonian sudah
hilang,
Bangunlah ulama, para pemimpin, dan
cendekiawan menangani krisis,
Yang memikirkan krisis pun terlibat
dengan krisis,
Kalau tidak krisis politik, krisis
akhlak,
Jika tidak krisis sosial, krisis
keluarga,
Kalau tidak krisis nilai, krisis puak,
Apakah kaki krisis hendak membaiki
krisis?
Apakah orang yang membuat masalah boleh
mengatasi masalah?
Apakah penjenayah-penjenayah boleh
menangani jenayah?
Tuhan! Datangkanlah penyelamat dengan
segera,
Agar dunia aman semula,
Yang ada ini adalah pemusnah dan
penjenayah.





Khusyuk para sahabat

4 07 2008
Pada zaman para sahabat dahulu, ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf. Dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir sekiranya ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama
Hatim Al-Isam dan bertanya : “Bagaimanakah
caranya tuan solat?” Hatim berkata : “Apabila masuk waktu solat aku
berwudhu’ zahir dan batin.” Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan
batin itu?” Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu
membasuh semua anggota wudhu’ dengan air. Sementara wudhu’ batin ialah
membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-

1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari /mengharap pujian orang (riya’)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki


Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan
semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh
kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah
kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku
,
dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian
‘Sirratul Mustaqim’
dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah
solat terakhirku
, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku’
dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan
dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30
tahun.” Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan
ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.

Melalui kisah Hatim Al-Isam, kita dapat lihat bagaimana datangnya kekusyukan para sahabat Rasulullah SAW. Mereka mencari kekusyukan dalam solat kerana mereka tahu akan kepentingan dan nikmat beribadah. Namun, kita sekarang ini hanya mengambil sikap acuh tak acuh mengenai solat dan ibadah. Seringkali kita rasa rimas apabila lalat atau nyamukberterbangan di sekeliling kita ketika kita bersolat. Rasa seperti hendak mengangkat tangan dan membunuh haiwan yang tidak bersalah itu! Tetapi, ingatkah kita kisah Saidina Ali RA yang cedera kakinya ditembusi panah musuh dan beliau tidak dapat menahan kesakitan ketika hendak mencabut panah tersebut. Tetapi apabila panah tersebut dicabut ketika beliau sedang solat, kekhusyukan beliau telah menghilangkan rasa sakit panah yang dicabut. Beliau tidak merasa sakit hatta sedikit sekalipun. Marilah kita sama-sama merenung kembali apakah nilai solat kita. Apakah tumpuan kita terganggu ketika solat, dengan kewujudan seekor lalat kecil? Atau ALLAH yang berada dihadapan kita melenyapkan rasa rimas tersebut? Sama-sama kita perbaiki diri…Wallahuallam





Apple iphone 3g

29 06 2008

apple iphone 3g kuar kat 日本 2008年 7月 11日!!!

malaysia bile lg?? smpai kite dh fly ke jepun?

:P

sme2 kite tunggu…





my kagaku repoto

25 06 2008