Meow! Sorry guys, blog ini masih dalam proses nak pembaikpulihan. Pening jugak kepala ni memikirkan macam mana nak bagi blog ni mesra pengguna dan lebih lawa. Haha.
Semangat blog
27 02 2009Aku ambil masa tulis sekejap sementara tunggu bas Pak Cik Tahir dan budak-budak junior habis exam. Oh, aku lupa nak beritahu yang aku sudah habis exam. Yahuu! Aku merdeka!
Semangat blog. Ada orang suka baca blog. Ada orang suka update blog. Ada orang suka tulis komen kat blog orang. Aku tergolong dalam golongan orang yang suka baca blog, tetapi malas untuk meng’update’ blog sendiri.
Semenjak dua menjak ini, aku macam dah hilang semangat untuk mengupdate blog. Blog sendiri aku jarang update, tetapi blog Azzariyat memang hari-hari aku bukak dan update. Haha.
Alasan? Aku takde artwork baru untuk di upload!! Waa! Aku kekeringan idea untuk buat design baru..
Tetapi anda usah gusar dan bimbang, aku aku akan cuba menghasilkan design-design baru memandangkan exam sudah pun habis..
Lagi satu, susah nak upload sekarang ni sebab streamx LAMBAT macam SIPUT! Sorry TM!
Comments : Leave a Comment »
Tags: blog, semangat
Categories : umum
Desktop Screenshot
4 02 2009Hi. Memang dah lama aku tak update blog clumzycaffein ini. Walaubagaimanapun, aku cuba untuk menghantar entry sekerap mungkin. Untuk entry kali ini aku post desktop screenshot laptop Compaq CQ-20 aku yang sangat aku sayang. Skarang aku dah tak guna shortcut dekat desktop. Aku buang semua icons dan guna Rocketdock. Hasilnya, desktop aku tak nampak serabut dan sedap mata memandang. Wallpaper dan icon docklet aku edit guna photoshop.
Comments : Leave a Comment »
Categories : clumzycaffein, design
Lomography
1 02 2009Dah lama aku tak update blog clumzycaffein ini. Kenapa? Ya, sibuk itu satu hal. Sebenarnya aku da ketandusan idea untuk design-design baru. Apapun, ioni je la yang mampu aku upload buat masa ini. Gambar yang aku ambik guna K550 aku dan kemudian diedit menggunakan photoshop cs3.
Seni lomography merupakan seni photography yang semakin dilupakan. Ada ura-ura yang mengatakan pengahsilan kamera lomo akan dihentikan. Anda ingin tahu lebih mengenai lomography? Anda boleh lihat menerusi wikipedia atau terus ke laman web Lomographic Aisa.

Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized
minggu ini sibuk
4 12 2008Aku menulis lagi. Dah lama aku tak menulis. Kenapa? Sebab aku sibuk study untuk peperiksaan Japanese Language Proficiency Test (JLPT) level 2 Ahad ni. Aku tak rasa aku dah study cukup untuk shiken (exam) kali ni. Dan aku tahu shiken ni tak semudah level 3 yang aku amek tahun lepas. Walau bagaimanapun, aku cuba untuk study tanpa henti, pagi petang siang malam. Memang letih, dan aku berharap sangat usaha aku berbaloi dan dapat goukaku (lulus) shiken nikyuu (level 2) ni. Kawan-kawan, doakan aku berjaya untuk shiken kali ini! InsyaAllah.
Mungkin sampai sini je dapat aku tulis. Aku akan cuba untuk tulis entry yang best selepas shiken aku selesai.
Aku hampir lupa. Rasanya tak salah untuk aku ucap Selamat Menyambut Aidil-Adha kepada semua pembaca dan umat Islam di luar sana. Semoga Aidil-Adha kali ini mengajar kita erti pengorbanan yang sejati. Insyaalah.
Comments : 2 Comments »
Categories : jad, motivasi
Adobe kuler:Tak payah pening fikir colour scheme
28 11 2008
Aku menulis lagi. Kali ini aku menulis sebab nak kenalkan korang dengan satu software Adobe yang memang sangat best untuk digunakan oleh mereka di luar sana yang gemar menggunakan perisian Adobe Photoshop, Illustrator, InDesign, etc.
Dengan Adobe kuler, korang tak payah susah-susah nak Read the rest of this entry »
Comments : 1 Comment »
Tags: adobe, air, color scheme, design, graphic, kuler, Photoshop, plug-in, tutorial
Categories : Photoshop, design, tutorial
The Count of Monte Cristo
24 11 2008Kau pernah dengar tajuk entri kali ini? Ya, The Count of Monte Cristo adalah tajuk novel karya Alexander Dumas. Novel ini pernah diadaptasikan dalam filem dengan tajuk yang sama pada tahun 2002.

Kenapa aku tulis tentang The Count of Monte Cristo? Hehe. Aku cuma nak bagitau korang yang movie The Count of Monte Cristo ialah movie pertama yang aku download dengan jayanya menggunakan Bitcomet sejak aku beli laptop Compaq CQ-20 kesayangan aku ni!
Best? Oh, sudah tentu best! Aku pernah tengok movie ni dulu. Walaupun aku tak berapa faham bahasa Inggeris, aku faham jalan ceritanya. Dan filem ini mengubah persepsi aku sejak itu. Edmond Dantes menjadi idola aku. Aku pernah menggunakan nama Edmond Dantes sebelum menggunakan nama clumzycaffein.
Ya, macam biasa, aku ingin menulis apa yang aku belajar dari filem ini. Tetapi aku tak boleh tulis panjang sebab esok aku ada kuiz Bahasa Jepun dan C Language..Maaf ya kawan-kawan.
Apa aku belajar?
1.JANGAN TIKAM BELAKANG (dan depan) KAWAN KAU!
2.JANGAN PUTUS ASA DALAM HIDUP
3.KNOWLEDGE IS POWER
4.TO DEFEAT YOUR ENEMY, YOU MUST KNOW THEM
Sampai sini dulu. Doakan kejayaan aku untuk kuiz esok. Sekian.
Comments : 1 Comment »
Tags: adaptasi, alexander dumas, best, count of monte cristo, filem, movie, novel
Categories : motivasi
Makan, makan, makan…
23 11 2008
Aku suka makan. Macam-macam aku suka makan, kecuali yang pedas dan masam. Aku suka lasagna. Aku suka roti. Aku suka lolipop. Nasi? Aku kurang gemar makan nasi. Tetapi aku makan sikit sebab aku cepat kenyang.
Kau suka makan? Apa yang kau makan untuk sarapan pagi tadi? Sedap? Aku harap kau suka apa yang kau makan.
Makanan Jasmani
Manusia perlu makan untuk meneruskan hidup. Untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih sempurna. Cuba kalau kau tak sarapan, mau nye kau tidur dalam kelas! Sedangkan ketika berpuasa pun kita disunatkan untuk bersahur terlebih dahulu. Oh, nikmatnya makan.
Comments : Leave a Comment »
Tags: jasmani, makan, motivasi, rohani
Categories : motivasi
Terima Kasih
19 11 2008Aku tidak mahu tulis panjang. Aku sekadar nak mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pembaca blog aku. Walaupun tak banyak entri yang aku muatkan, tetapi masih ada yang sudi membaca blog aku. Terima kasih.
Maaf kawan, kerana sibuk. Banyak projek design datang dalam masa terdekat ini. Design baru pon aku tak sempat letak dalam blog clumzycaffein. InsyaAllah entri baru akan ditulis dalam masa terdekat ini.
Comments : Leave a Comment »
Tags: kasih, terima
Categories : umum





Recent Comments